MAT SABU DAN HELIKOPTER TENTERA

405
SHARES
2.4k
VIEWS

Betul ke Mat Sabu ke Cameron Highlands menggunakan helikopter tentera?

Jika diikutkan gambar yang diviralkan itu, betullah.

Tidak menjadi masalah kerana beliau Menteri Pertahanan, helikopter pula milik tentera.

Yang menjadi masalah apabila beliau ke sana untuk membantu kempen politik.

Bukan majlis rasmi berkaitan tentera atau melibatkan kerajaan yang memerlukan beliau hadir sebagai Menteri Pertahanan.

Jika majlis sebegitu, beliau hadir dengan kapal selampun tidak mengapa.

Ini beliau ke Cameron Highlands untuk membantu Pakatan Harapan.

Jika untuk berjumpa tentera-tentera di sana dijadikan alasan, eloklah pilih selepas PRK.

Apa pula kata BERSIH dalam hal ini?

Jika sebelum PRU-14 Pakatan Harapan dan BERSIH cukup anti jika harta dan kemudahan kerajaan digunakan untuk tujuan politik.

Malah berikrar akan menghentikan amalan tidak sihat sebegini jika menjadi kerajaan.

Tetapi apabila menjadi kerajaan, mereka sendiri buat apa yang mereka cukup anti suatu ketika dahulu.

Sepatutnya inilah masa untuk hentikan kesalahan dan kesilapan yang dahulunya mereka nampak.

Bukan ulangi kesalahan dan kesilapan tersebut.

Apabila menjadi kerajaan, satu persatu mula terbongkar.

Baru lapan bulan memerintah, semua ikrar, janji, “kita akan itu”, “kita akan ini”, semuanya tinggal kenangan.

Dari kegagalan manifesto, melantik kroni dan ahli politik ke GLC sehinggalah u-turn setiap hari.

‘Sembang’ sahaja lebih, sampai “gajahpun boleh terbang”.

Kalau sembang sahaja lebih, jangan mimpilah mahu ubah negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts