BOB MANOLAN KANTOI, BERSIH GESA BAWA KE MAHKAMAH, PKR PULA MINTA MAAF

567
SHARES
1.8k
VIEWS

Dua hari lepas, pada 11 Januari, Senator PKR, Bob Manolan Mohd. mengugut Tok Batin dengan ugutan;

“Batin dan jugak Pengerusi MPKK adalah dibayar oleh kerajaan pusat.”

Iaitu gaji Batin ada yang RM900, ada yang RM1,200 ada yang RM1,000.”

Bergantung kepada jumlah penduduk, bergantung kepada keluasan kampung.”

“Jadi Batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat maka itu Batin kena sokong Pakatan Harapan.”

“Tak sokong, kita buang.”

“Mana Batin-Batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia.”

“Betul! Jangan bayar gaji dia.”

“Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia?”

“Kita mahu pemimpin masyarakat orang asli, pengerusi MPKK mesti menyokong agenda rakyat, eh, agenda kerajaan.”

Kemudian Bob Manolan melenting apabila Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk “Tok batin tak sokong PH, jangan bayar gaji dia” yang disiarkan jam 3.30 petang di portal mereka.

Puas beliau nafikan petang itu juga, yang turut disiarkan oleh Malaysiakini pada jam 6.48 petang, dalam artikel bertajuk “Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands“.

Anwar Ibrahim juga meminta Bob Manolan memberi penjelasan kerana menurutnya tiada paksaan dalam demokrasi.

Pengerusi BERSIH, Thomas Fann menggesa Bob Manolan diheret ke mahkamah.

Malaysiakini turut menyiarkan berita tersebut pada jam 6.48 hari yang sama di bawah tajuk, “Bersih: Heret Bob Manolan ke mahkamah jika dia ugut Tok Batin“.

Malaysiakini pula pantas bertindak mempertahankan portal mereka apabila Bob seolah-olah mempertikai mereka sebagai tersalah lapor.

Pada hari yang sama jam 8.31 malam, Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk “Senator nafi ugut tok batin tapi ini rakaman suaranya“.

Beserta dengan rakaman audio dan transkrip percakapan.

Memang jelas Bob Manolan terkantoi mengugut Tok Batin walau ada beberapa pemimpin Pakatan Harapan membelanya dan menyalahkan media tersalah tafsir.

Lebih menarik, PKR minta maaf atas kejadian tersebut, yang dibuat oleh Tian Chua selaku Naib Presiden PKR.

Berita tersebut juga disiarkan oleh Malaysiakini pada hari ini jam 12.17 tengahari di bawah tajuk “PKR mohon maaf kenyataan Senator ugut Tok Batin“.

Ini membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh Bob Manolan walaupun beliau beriya menafikan ugutan tersebut.

Walaupun rakannya dari PKR, M. Manogaran yang juga calon yang akan bertanding di Parlimen Cameron Highlands bertindak membelanya di sebalik PKR sendiri telah meminta maaf.

Manogaran kata bukan isu besar dan tidak akan memberi kesan terhadap kempen mereka.

Kenyataan beliau dipetik oleh Free Malaysia Today di bawah tajuk, “No big deal, Manogaran says of alleged threat to Tok Batins“.

Kita tunggu Manogaran pula meminta maaf selepas ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts