ANWAR ATAU AZMIN, JOHOR ATAU PAHANG?

398
SHARES
2.3k
VIEWS

Perdebatan yang tak sudah-sudah sehari dua ini ialah sama ada Anwar atau Azmin yang akan menjadi Perdana Menteri ke-8?

Persoalan yang tidak kurang hangatnya ialah sama ada Johor atau Pahang yang akan menjadi YDP Agong ke-16?

Memandangkan Sultanah Pahang (yang baru) adalah adik kepada Sultan Johor, pasti ada sedikit kelebihan kepada Sultan Pahang untuk naik takhta sebagai YDP Agong.

Seperti kata Sultan Abdullah Pahang, segala-galanya adalah ketentuan Allah SWT. Tepat sekali kata-kata Tuanku.

DAULAT TUANKU.

ANWAR IBRAHIM:

Ketika ditemuramah oleh akhbar The Hindu di India, Anwar menyatakan bahawa beliau tidak bimbang sekiranya sekali lagi tidak dipilih menggantikan Dr. Mahathir sebagai PM.

Anwar kata, dia sudah 71 tahun dan sudah diseksa 2 kali masuk penjara, sehinggakan dia tidak risau masa depan.

Anwar kata, “Que Sera, Sera” (Apa yang terjadi, biarkan terjadi).
(interview pada: 9 Januari 2019).

MAHATHIR MOHAMAD:

Dr. Mahathir berkali-kali menyatakan bahawa dia hanya akan menjadi PM kurang lebih 2 tahun sahaja. Ini disebabkan faktor usia, kesihatan dan janji kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Dr. Mahathir juga kata, Anwar adalah pengganti beliau.

Tetapi menurut sumber yang rapat dengan PH, mereka menyatakan bahawa memang betul Dr. Mahathir akan mengosongkan jawatan PM pada atau sebelum Mei 2020 ini.

Tetapi siapa pengganti Dr. Mahathir akan ditentukan oleh Majlis Presiden PH yang terdiri dari Lim Guan Eng, Muhyiddin Yasin, Mat Sabu dan Anwar.

Maka jelas sudah kenyataan Dr. Mahathir baru-baru ini bahawa DAP menentukan siapa Perdana Menteri.

SENARIO POLITIK TERKINI:

Senario politik terkini menjurus kepada Pilihanraya Kecil Cameron Highlands yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru.

BN di Semenanjung kali pertama meletakkan calon langsung iaitu anak tempatan saudara Ramli Bin Mohd Nor.

Apa yang menarik setakat ini ialah perbualan (yang kini videonya viral), di antara Makcik Rahana Hassan (76 tahun) bersama calon DAP, Manogaran.

Manogaran cuba untuk mendapatkan sokongan dan undi Makcik Rahana.

Makcik Rahana kata, “Mahathirpun tidak betul. Kalau (Pakatan Harapan) hendak berjanji. Kalau berjanji depan lawyer (peguam), makcik percaya. Tetapi kalau cakap mulut, makcik tidak percaya.”

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengundi-pengundi Melayu di Cameron Highlands sudah mula ragu-ragu dengan janji-janji manis calon PH/DAP.

Keputusan di Cameron Highlands amat penting bagi Barisan Nasional. Ia akan membawa pelbagai implikasi.

ANWAR IBRAHIM II:

Walaupun ketika di India, Anwar kata, QUE SERA, SERA, dan beliau tidak bimbang sekiranya tidak dapat jadi PM tetapi apabila berada di tanah air Malaysia, suara ini sudah berubah.

Daripada sumber yang rapat dengan parti PKR dan Anwar, mereka mengesahkan bahawa Anwar baru-baru ini menyatakan:

APAPUN TERJADI, DIA (ANWAR) TETAP MAHU JADI PERDANA MENTERI.

Anwar kata, dia sudah menunggu selama 21 tahun untuk jadi Perdana Menteri. Satu jangka masa yang terlalu lama.

Terkini, Zuraida (Menteri PH), Naib Presiden PKR secara terang menyerang Anwar di media sosial dan akhbar. Peperangan di dalam PKR sudah semakin jelas kelihatan, seperti Peperangan Dunia ke-3 akan meletup tidak lama lagi.

Apapun, Kumpulan 6, Hamzah Zainuddin, kini sunyi sepi seperti tiada berita, apabila PKR dan DAP secara terang membantah kemasukan mereka ke dalam PPBM (sekiranya ini berlaku). Sekarang Kumpulan 6 ini, Ahli Parlimen Bebas.

Kumpulan bekas pemimpin-pemimpin UMNO dari Sabah juga sunyi sepi. Dengan tentangan Parti Warisan kepada kemasukan PPBM ke Sabah, menyebabkan pemimpin-pemimpin bekas UMNO Sabah ini terasa terkangkang, tidak tahu ke mana hala tuju masa depan politik mereka.

Yang jelas kelihatan, Najib Razak semakin popular di mata rakyat dan di media sosial. Ada sahaja cerita yang dibawa oleh Najib.

Dengan cerita kenaikan harga ikan kembong di pasar, Najib dengan mudah pukul (tibai) Saifuddin, Menteri Hal Ehwal Pengguna – menjadikan ia satu bahan lawak jenaka minggu ini di media sosial.

Nampaknya, sebulan dua ini, macam-macam perkara akan terjadi. Kita tunggu dan lihat.

Salam.

DSBA

15 Januari 2019

Penulis adalah Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri dan Timbalan Menteri di beberapa kementerian;

-Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
-Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
-Kementerian Dalam Negeri
-Kementerian Pelajaran
-Jabatan Perdana Menteri
-Kementerian Perladangan dan Komoditi (Penasihat)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts