PESANAN BUAT PENGUNDI CAMERON HIGHLANDS

103
SHARES
332
VIEWS

Pesanan Pertama – Manusia dinilai pada janji-janjinya

Jangan percaya dengan sesiapa yang tidak menunaikan janjinya.

Apatah lagi jika bukan satu malah hampir kesemua janji-janjinya tidak ditunaikan.

Bermakna kata-kata mereka tidak boleh dipercayai dan mengkhianati pengundi.

Maka apa ertinya jika Pakatan Harapan berjanji macam-macam kepada anda di Cameron Highlands?

Apa jaminan janji-janji mereka kali ini akan ditunaikan?

Maka, cukup-cukuplah terpedaya dengan janji-janji politik murahan.

Jika akhirnya satu-persatu tidak akan ditunaikan.

Elakkan diri anda terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.

Pesanan Kedua – Lihat APA yang dikata, BETUL atau SALAH

Pakatan Harapan mempunyai masalah untuk berkata perkara-perkara yang betul ataupun benar.

Ini semata-mata untuk menutup kegagalan mereka memerintah, maka alasan dan penipuan dicipta.

Rakyat dimomokkan dengan hutang bertimbun sedangkan hakikatnya tidak.

Jika benar negara mempunyai masalah kewangan;

Kenapa sekolah Cina dan kolej swasta boleh diberikan dana yang besar?

Hampir sama dengan dana diberi kepada universiti awam yang lebih besar dan terkemuka iaitu UIAM?

Kenapa peneroka, nelayan, petani dan orang kampung diabaikan, tidak diutamakan seperti sekolah Cina dan kolej swasta tersebut?

Jika kerajaan sendiri tidak berkata benar, bagaimana rakyat mungkin percaya lagi?

Hakikatnya kita sebagai rakyat hanya perlu fikir APA perkara yang BETUL dan BENAR.

Pesanan Ketiga – Lihat sendiri perubahan semakin baik atau semakin buruk

Anda sendiri boleh nilaikan perbezaan sebelum PRU-14 dan kini setelah lapan bulan Pakatan Harapan memerintah.

Adakah anda rasa lebih baik atau lebih buruk?

Anda lihat sendiri di keliling anda, perubahan inikah yang anda mahukan?

Beginikah yang anda harapkan?

Adakah anda yakin kerajaan yang sama boleh membela anda?

Jika janji sendiripun tidak mahu ditunaikan, apatah lagi berlagak sebagai pembela rakyat.

Maka usah berharap Pakatan Harapan mampu membela anda di sebalik retorik slogan ‘Malaysia Baru’.

Pesanan Keempat – Undilah mereka yang tidak menipu, tidak membuat u-turn dan menunaikan janji

Pakatan Harapan mempunyai kriteria khusus sebagai kerap membuat pembohongan, dari hutang negara sehinggalah bantuan kepada rakyat.

Bantuan kepada rakyat satu persatu dihapuskan dan diganti dengan perkara yang membebankan rakyat.

Antaranya bonus kepada kakitangan awam dikurangkan, bantuan BR1M ditiadakan dan diganti dengan BSH yang lebih rendah serta tiada dinyatakan bantuan khusus untuk peneroka FELDA, petani, nelayan dan orang kampung.

Kerajaan Pakatan Harapan juga tidak mengkaji sebelum melaksanakan sesuatu perkara dan berakhir dengan kekerapan membuat u-turn yang memalukan kerajaan sendiri.

Apatah lagi janji-janji yang memudahkan rakyat tidak ditunaikan namun melaksanakan janji-janji yang menyusahkan rakyat.

Seperti pemansuhan GST yang diganti SST dengan nilai peratusan lebih tinggi yang memberi kesan  langsung terhadap rakyat serta ketirisan dalam mengutip cukai kerana tidak setelus SST.

Serta pelaksanaan AES yang ditambah di sebalik janji mahu dihapuskan, sama seperti PTPTN.

Termasuk pemansuhan tol yang kita tahu jelas satu pembohongan, namun mereka tetap berjanji palsu.

Pesanan Kelima – Undilah dengan bijak

Seperti kata-kata netizen hari ini yang rata-rata menyesal mengundi Pakatan Harapan.

Maka usahlah ulangi penyesalan mereka, undilah dengan bijak.

Janganlah ‘menyalak’ menyesal selepas mengundi jika Pakatan Harapan tidak menunaikan janji-janji mereka terhadap anda.

Perubahan baik yang diharapkan namun perubahan lebih teruk yang terpaksa dihadapi rakyat.

Maka anda fikirlah sendiri jika mahu terus percayakan Pakatan Harapan.

Jika anda mahu terus percayakan janji-janji mereka mengenai ‘Utopia Malaysia Baru’.

Jika anda terus mahu ditipu secara terang-terangan, dipersilakan undi Pakatan Harapan.

Namun bak kata makcik Rahana Hassan kepada calon DAP sendiri;

“Mahu berjanji kena buat ‘surat lawyer‘, kalau cakap mulut je makcik tidak percaya.”

Namun kemudiannya Manogaran sendiri berkata;

“Kita akan buat (surat lawyer)”, sambil ketawa sebelum berlalu pergi.

Wahai semua pengundi PRK Cameron Highlands, ANDA NILAIKANLAH SENDIRI, undi di tangan anda.

https://www.youtube.com/watch?v=EgZeyv9RLcg

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts