Menarik membaca tulisan bekas Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar) yang bertajuk “Lim Kit Siang buta hal ehwal Orang Asli”.
Worth reading, banyak betul rupanya kerajaan BN buat untuk Orang Asli selama ini.
Kita sahaja tidak tahu sebab kitapun selama ini malas hendak ambil tahu apa kerajaan buat untuk rakyat.
Sama juga macam Lim Kit Siang, tetapi beliau bukan sahaja malas ambil tahu.
Kit Siang malah membodohkan dirinya sendiri apabila mengeluarkan kenyataan mahu wakil Orang Asli buat ‘blueprint‘ untuk Orang Asli menjadi ‘warganegara penuh’.
Kit Siang baru hendak beri ‘kerakyatan’ kepada Orang Asli yang memang sah WARGANEGARA secara sedia kala seperti Melayu dan Bumiputera yang lain.
Takrif Orang Asli adalah sebagai Bumiputera, Kit Siang.
Mereka tidak perlu memohonpun kerakyatan jika anda tidak tahu Kit Siang.
Sama sahaja seperti kaum Cina dan India, bezanya Cina dan India bukan Melayu dan Bumiputera.
Jika rakyat Indonesia yang lama duduk di Malaysia memohon menjadi Penduduk Tetap (PR), status mereka masih pendatang dan tetap tidak boleh mengundi.
Apatah lagi berangan mahu jadi Ahli Parlimen.
Namun Orang Asli semua boleh mengundi, Kit Siang.
Sebab itu anda sendiri terhegeh-hegeh datang ke Cameron Highlands duduk minum bersama Orang Asli, jumpa Tok Batin.
Susah payah anda datang, kalau bukan nak raih undi, mahu beli strawberry dan petai sahaja ke Kit Siang?
Punyalah mahu undi Orang Asli sampai ada Orang Asli Pakatan Harapan yang sanggup ugut Tok Batin.
Orang Asli itu Senator Dewan Negara tahu tak Kit Siang?
PR boleh ke menjadi Senator?
Sebelum ini Senator Isa Ab. Hamid Isa dari kaum Orang Asli turut dilantik ke Dewan Negara pada 18 April 2016, bagi penggal 2016 hingga 2019, tetapi Ahli Parlimen belum ada.
Jadi kenapa perlu ugut jika Orang Asli agar mengundi Pakatan Harapan mereka jika mereka bukan warganegara?
Bukan sahaja mengundi, menjadi Senator, malah bertanding menjadi calon Ahli Parlimenpun boleh Kit Siang.
Lihatlah siapa bertanding sekarang itu yang bernama Ramli Mohd. Nor, yang anda sendiri letak calon DAP untuk lawan beliau?
Adakah dengan “prinsip kesamarataan DAP” selama ini, anda tidak mahu lihat Orang Asli pertama dilantik menjadi Ahli Parlimen?
Baru mudah beliau bantu buat blueprint memberi kerakyatan penuh kepada Orang Asli.
Tetapi apa nak dihairankan, Kit Siang memang selalu tersalah takrif dan buat kesilapan.
Sebelum inipun rasuah pengundi dikatakan sebagai duit minyak walau SPRM kata itu ditakrifkan sebagai rasuah.
Jadi kita jangan pelik dan hairan dengan manusia seperti Kit Siang ini.
Oh ya, jika tiada yang perasan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) kini di bawah Menteri Perpaduan si Waytha Moorthy itu ya.
Tidak tahulah kenapa diletakkan bawah Waytha yang “pandai betul menjaga perpaduan” ini.
Selama ini Orang Asli elok dan baik sahaja bersama kaum Melayu dan Bumiputera yang lain.
Cina seperti Kit Siang sahaja yang tidak mengambil tahu mengenai Orang Asli sehingga bermurah hati mahu bantu dapat ‘full citizenship‘.
Itupun katanya jika Pakatan Harapan menang di Cameron Highlands.
Maknanya jika Pakatan Harapan kalah maka Orang Asli akan terus kekal bertaraf Penduduk Tetap (PR).
Salah kerajaan BN selama 60 tahun ini tidak mahu mengiktiraf Orang Asli sebagai warganegara.
Eh, Kit Siang, jangan lupa Orang Asli juga ada di Selangor, Kelantan, Johor, Perak, ada meratalah satu Malaysia.
Bukan hanya Orang Asli di Cameron Highlands sahaja yang anda perlu bantu dapatkan hak kerakyatan.
Jelas kenyataan anda hanya mahu berpolitik, bukannya kerana anda ambil berat dengan Orang Asli.
Maka jangan terpedaya dan mengundi DAP yang kononnya berjuang untuk Orang Asli.
Tetapi dalam masa yang sama DAP meletakkan calon melawan calon Orang Asli.
Oleh OAG
(Orang Asli Gombak)