RAKYAT KECEWA DENGAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DI CAMERON HIGHLANDS

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Rakyat tempatan di Cameron Highlands meluahkan rasa kecewa mereka kerana Kerajaan Pakatan telah membatalkan kelulusan sebanyak RM400,000.00 (empat ratus ribu ringgit sahaja) untuk membaiki LMC APARTMEN DI CARNATION PARK, CAMERON HIGHLANDS.

Bayangkan keluh kesah rakyat yang amat mengharapkan bantuan ini.

Bayangkan kesusahan rakyat yang mengalami kebocoran atap yang amat serius apabila hujan di LMC Apartment.

Bayangkan apabila hujan, penduduk LMC Apartment tidak boleh tidur, anak kecil menangis tidak henti-henti. Anak yang bersekolah tidak boleh mengulang kaji pelajaran sekolah mereka.

Rakyat di LMC Apartment, Cameron Highlands merasakan tertipu apabila peruntukan 400 ribu ringgit untuk membaiki kerosakan apartmen ini sebelum PRU ke-14 (sebelum 9 Mei 2018), kini DITARIK BALIK OLEH KERAJAAN PAKATAN.

Kini, ditarik oleh Menteri Kerajaan Tempatan (Menteri PH).

Isu ini membabitkan kesejahteraan rakyat.

Isu ini membabitkan hanya RM400 ribu sahaja.

Bukannya seperti pembatalan HSR (High Speed Rail Malaysia ke Singapura), yang membabitkan berbillion ringgit.

KASIHANILAH RAKYAT MISKIN DAN SUSAH SEPERTI MEREKA DI LMC CARNATION PARK.

Sesungguhnya setakat hari ini, janji-janji Kerajaan Pakatan Harapan adalah janji-janji palsu.

RAKYAT DIHULURKAN JANJI.

RAKYAT MENGHARAP.

RAKYAT TERUS DITIPU DAN KENA BOHONG.

Tonton video clip penduduk LMC Carnation Park, Cameron Highlands dan dengarkan keluh kesah mereka.

Salam.

DSBA

Image result for masalah lmc apartment cameron highlands

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts