PRK CAMERON HIGHLANDS: KATA DUA MAHATHIR KEPADA ANWAR

584
SHARES
856
VIEWS

“Selagi ada hayat, saya akan terus betulkan negara”

“Pingat yang paling saya suka adalah KSM (Kerja Sampai Mati)”

Tun Dr. Mahathir

PRK Cameron Highlands

25 Januari 2019

Dua frasa di atas akan terus menghantui bakal PM Malaysia yang paling lama dalam sejarah.

Mahathir pernah berada di dalam dan luar kerajaan selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Beliau cuba ‘membetulkan negara’ setelah Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Malangnya hasrat Mahathir tidak kesampaian. Beliau gagal ‘membetulkan negara’ kerana tiada kuasa bersamanya ketika itu.

Ketika DS Najib menjadi Perdana Menteri, Mahathir juga giat bekerja untuk ‘membetulkan negara’ dari luar. Sekali lagi beliau gagal kerana kepimpinan Najib menidakkan hasrat Mahathir mengemukakan banyak cadangan yang mahu ‘membetulkan negara’. Puncanya sama, Mahathir gagal tanpa kuasa di tangan.

Sejak itu, segala bentuk ‘u-turn’ di buat Tun Mahathir. Dari jarak 100 meter, 1000 meter hingga beribu kilometer, semuanya ‘u-turn’ siap dengan kona baring hingga lutut mencecah tanah. Nak ulas panjang tang mana Mahathir ‘u-turn’, semua orang pun tahu.

Cuma satu perkara sahaja Mahathir belum ‘u-turn’, iaitu tuduhan beliau terhadap DS Anwar meliwat. Semenjak pra PRU-14 hingga menjadi PM ke-7, Mahathir konsisten menyatakan Anwar Ibrahim memang bersalah meliwat. Mahathir maklumkan mahkamah telah mengambil kira semua bukti dan mensabitkan Anwar bersalah.

Dulu Mahathir mengatakan takkan beliau nak membiarkan seorang peliwat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika Mahathir masih berpegang kepada kata-katanya, jelas Anwar Ibrahim akan kekal sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri Malaysia, malahan tidak keterlaluan jika kita katakan ‘bakal’ Perdana Menteri paling lama di dunia.

Tambahan pula dengan pengakuan Tun Mahathir bahawa beliau akan bekerja ‘membetulkan negara’ selagi ada hayat beliau. Takkan kali ini mahu ‘membetulkan negara’ tanpa kuasa di tangan. Jelas maksud tersirat Tun Mahathir adalah ‘membetulkan negara’ beserta kuasa kerana Mahathir telah 2 kali gagal ‘membetulkan negara’ tanpa kuasa.

Ditambah pula dengan kenyataan pingat yang diminati Mahathir adalah KSM (Kerja Sampai Mati), maka Anwar Ibrahim bolehlah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk terus-terusan berharap dan menjadi kuda tunggangan Mahathir buat selamanya.

Apapun manusia hanya berupaya merancang, Allah jua penentu segalanya seperti maksud firman Allah “Mereka (manusia) merancang, Allah jua merancang, dan Allah jua sebaik-baik perancang”.
(Al-Imran:54)

Oleh Anuar Shaari

25 Januari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts