Rakyat yang mengundi Pakatan Harapan begitu gembira apabila kerajaan bertukar, namun semua kegembiraan hanya bersifat sementara.
Rakyat hanya gembira selama beberapa bulan sehingga seperti terpukau sanggup menderma untuk Tabung Harapan yang entah di mana sekarang ini.
Kegembiraan rakyat kononnya Rule Of Law akan ditegakkan rupanya hanya indah khabar dari rupa.
Keadilan hanya ditegakkan sebelah pihak malah memburuk di zaman Pakatan Harapan.
Contohnya pencabulan dan pejam mata SPR lebih ketara pada PRK Cameron Highlands.
Banyak perkara berlaku antaranya;
1) Mat Sabu dari Amanah menggunakan helikopter tentera untuk ke Cameron Highlands kononnya untuk bertemu tentera namun ditangkap basah turut serta dalam kempen pilihanraya
2) Ugutan terhadap Tok Batin oleh Bob Manolan, Senator dari PKR
3) Rasuah wang terang-terangan yang digelar Lim Kit Siang sebagai ‘duit minyak sukarelawan’ yang sebenarnya pengundi di sana
4) Pemberian hamper di waktu malam kepada penduduk yang juga bakal pengundi-pengundi
5) Penggunaan kenderaan Jabatan Hutan oleh Timbalan Menteri DAP untuk berkempen dan membawa risalah DAP
6) Timbalan Menteri bertikam lidah dengan penduduk kerana tidak berpuas hati ditangkap basah menggunakan kenderaan milik kerajaan negeri, sekaligus membuktikan keterlibatan beliau
7) Waktu mengundi ditetapkan berbeza-beza terutamanya di ‘kawasan putih’ Barisan Nasional dan ada yang ditutup seawal jam 1.00 petang.
8) Calon Pakatan Harapan iaitu Manogaran dari DAP, melengkapkan siri pencabulan terhadap pilihanraya apabila memakai baju berlogo Pakatan Harapan untuk masuk ke dalam kawasan mencabut undi
Beliau beralasan tidak perasan bajunya mempunyai logo sedangkan secara logiknya tentulah baju tersebut telah dipilih, digosok dengan baik dan disangkutkan semalaman.
Juga boleh dilihat melalui video sekumpulan penyokong Pakatan Harapan menghampiri pusat mengundi dengan membawa bendera dan memakai baju tertera logo Pakatan Harapan.
Namun berjaya dihalang oleh petugas-petugas Barisan Nasional yang mengingatkan mereka selaku kerajaan agar wajar mematuhi undang-undang.
BERSIH juga nampaknya double standard dan bersikap memihak apabila hanya mendiamkan diri dan menikus apabila Pakatan Harapan yang membuat pelbagai kesalahan pilihanraya walaupun secara terang-terangan.
SPR hanya bersikap lembut gigi dari lidah apabila melibatkan kesalahan oleh Pakatan Harapan.
Maklumlah hanya seorang Pengerusi sahaja ketika ini yang bermesyuarat dengan dirinya sendiri, tidak lamgsung dibantah oleh BERSIH yang kehilangan taring selepas Pakatan Harapan menang PRU-14.
Terkini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional memperolehi kemenangan pertama di PDM LEMOI dengan memperoleh undi sebanyak 159, Pakatan Harapan 11, Cangkul 1, Buku 2 dan 8 undi rosak.
Barisan Nasional memperolehi majoriti 137 undi atau sekitar 75% dibandingkan dengan jumlah 181 orang yang keluar mengundi dari 215 jumlah pengundi keseluruhan.
https://youtu.be/UV9QkmwQJP4