PILIHANRAYA KECIL CAMERON HIGHLANDS – KEPUTUSAN YANG MEMBANGKITKAN SEMANGAT BARISAN NASIONAL

153
SHARES
495
VIEWS

Majlis Perkahwinan anak Datuk Wira Yusoff Kassim di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada malam 26 Januari 2019 (malam tadi) disambut dengan gelak ketawa dan senyuman, apabila keputusan PRK Cameron Highlands mula secara perlahan diketahui, BN menang dengan cemerlang.

Kehadiran DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi turut memeriahkan majlis. Kehadiran Dato Hamzah Zainuddin juga, menyebabkan tetamu yang hadir tersenyum melihat sahabat kita yang sudah melompat ke seberang dan kini mahu melompat balik.

KEPUTUSAN PRK C.H. 2019:

BN dapat : 12,038 undi.
PH dapat : 8,800 undi.
Majoriti BN menang : 3,238 undi.
Keluar mengundi : 21,428 = 68.8%.

KEPUTUSAN PRU 14, 2018:

BN dapat : 10,307 undi.
PH dapat : 9,710 undi.
Majoriti BN menang : 597 undi.
Keluar mengundi : 25,155 = 78.49%.

PENYOKONG PH KATA:

Penyokong PH kata kemenangan BN di PRK Cameron Highlands adalah kerana sokongan pengundi-pengundi PAS seramai 3,000 orang.

Pandangan mereka, ini adalah kerana pada PRU ke-14 2018, kalau dicampur undi BN dengan PAS = 13,894 undi, iaitu bersamaan dengan 54.9%.

Kononnya pada PRK 2019 ini, jumlah undi BN naik kepada 12,038 undi, iaitu bersamaan dengan 56% undi keseluruhan. Naik 1.1% daripada PRU 14.

Peratusan 1.1% ini diterjemahkan sebagai lebih kurang 3,000 undi penyokong PAS kepada calon BN.

Hebat analisa penyokong-penyokong PH ini.

Sebenarnya, yang jelas kelihatan pada PRU-14, BN hanya menang dengan majoriti 597 undi. Pada PRU-13, BN menang dengan majoriti 462 undi sahaja.

Ini bermakna majoriti kemenangan besar BN pada PRK 2019 sebanyak:

3,238 undi adalah satu kejayaan yang amat cemerlang dengan kerjasama parti PAS, parti komponen BN serta seluruh jentera yang membantu calon BN.

RAKYAT TOLAK KERAJAAN PAKATAN:

Ini juga jelas menunjukkan rakyat menolak Kerajaan Pakatan dan menolak calon PH (DAP) ini.

DS Hj. Hadi (Presiden PAS) kata, rakyat menolak Pakatan Harapan kerana mereka gagal menunaikan janji-janji PRU-14. Dan rakyat menolak budaya politik melampau DAP.

Walaupun ada penganalisa politik penyokong PH cuba untuk menyatakan bahawa kemenangan BN ini adalah atas pertolongan pengundi PAS bukan atas kekuatan sebenar BN.

Tetapi apa yang jelas, 12,038 orang rakyat Cameron Highlands menolak Kerajaan dan calon PH.

Walaupun PH menurunkan semua Menteri-Menteri Kanan parti termasuk Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Mahyuddin, TPM dan PM.

Hakikatnya PH masih kalah dengan majoriti: 3,238 undi berbanding dengan PRU tahun 2018, PH kalah dengan hanya: 597 undi sahaja.

Di negara barat seperti di United Kingdom, mengikut kelazimannya seorang Perdana Menteri tidak akan turun berkempen di Pilihanraya Kecil.

Sekiranya, Perdana Menteri UK itu turun berkempen di PRK dan calon parti pemerintah kalah. Ini boleh diumpamakan, rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri tersebut.

A Vote of No Confident to The Prime Minister.

(Umpama undi tidak percaya kepada Perdana Menteri).

Di PRK Cameron, Dr. Mahathir (PM) turun berkempen menggunakan helikopter persendirian Weststar dan calon PH (DAP) kalah di PRK Cameron.

Ini adalah seumpama, rakyat menolak kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, adalah tidak salah sekiranya ada sebahagian daripada rakyat Malaysia, KINI MEMINTA DR. MAHATHIR MELETAKKAN JAWATAN PERDANA MENTERI.

Kekalahan di Cameron Highlands umpama satu undi tidak percaya kepada Dr. Mahathir sebagai PM.

Kekalahan di Cameron, jelas membuktikan rakyat menolak Kerajaan PH di bawah kepimpinan Dr. Mahathir yang masih lagi gagal menunaikan janji-janji manis Pilihanraya Umum.

Rakyat juga sudah mula sedar bahawa Najib Razak kini menghadapi pelbagai tuduhan di Mahkamah. Biarlah Najib Razak mempertahankan dirinya di Mahkamah. Najib Razak harus diberi keadilan (justice) yang seluas-luasnya untuk mempertahankan dirinya.

Apa yang rakyat ingin tengok, Kerajaan PH mula mentadbir negara ini dengan elok dan memulihkan ekonomi negara.

Rakyat sudah muak, loya dan getik mendengar alasan-alasan dari LGE, Menteri Kewangan.

Seperti kata-kata Kak Pah di Cameron Highlands ketika berjumpa dengan Najib Razak, “Apa kita hendak makan? Harga belacan lebih tinggi daripada harga kelapa sawit yang dijual oleh peneroka.

Sesungguhnya keluh kesah peneroka tidak didengar oleh Kerajaan PH ini.

Manakala, kematangan politik Presiden MIC, Tan Sri Viki harus diberi pujian. MIC tidak mementingkan kepentingan parti mereka atau kepentingan peribadi tetapi lebih mementingkan Barisan Nasional beroleh kejayaan dengan meletakkan calon yang benar-benar berkebolehan dan boleh menang.

Diharapkan momentum ini berterusan di PRK Semenyih, Selangor.

Salam.

DSBA

27 Januari 2019

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts