MCA DAN GERAKAN PATUT TELADANI MIC

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

27 Januari 2019

Setinggi pujian wajar diberikan kepada MIC kerana realistik, setiakawan dan sanggup mengorbankan kerusi di Cameron Highlands kepada UMNO. Hasilnya BN menang cemerlang.

Ia patut diteladani oleh MCA dan Gerakan. Kedua-dua parti berkenaan jangan terlalu besar kepala. Keutamaan ialah menang pilihanraya. Jangan difikirkan sangat soal kuota kerusi. Mana-mana kerusi yang mereka tidak boleh menang serah kepada parti lain seperti UMNO terutamanya di kawasan majoriti Melayu.

Justeru di PRU ke-15, UMNO wajar bertanding di Parlimen Ayer Hitam Johor bukan lagi Wee Ka Siong. Diapun menang tipis di situ. Bertandinglah di kawasan majoriti Cina sebagai “The true fighter“. Begitu juga di Simpang Renggam.

Sikap mereka yang suka menyalahkan UMNO menyebabkan pengundi UMNO/Melayu lagi tawar hati. Dalam masa sama pengundi Cina semakin alergik dengan nama MCA dan Gerakan. Elok ada alternatif parti Cina lain tetapi sudah tentu bukan DAP yang rasis.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts