KHAIRUL AZAM JAWAB KENYATAAN MEDIA SU POLITIK LIM KIT SIANG

967
SHARES
3.1k
VIEWS

JAWAPAN BALAS SAYA DALAM HURUF BESAR (CAPS LOCK)

Kenyataan Media Syahredzan Johan, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri pada Jumaat, 1 Februari 2019 di Kuala Lumpur.

Henti buat kenyataan tanpa asas mengenai Tribunal yang ditubuhkan untuk menyiasat bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

SAUDARA YANG PERLU DIAM SEBAB SAUDARA BUKAN PEGUAM YANG DILANTIK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK DALAM PROSIDING TRIBUNAL BERKENAAN.

ULASAN YANG DIBERIKAN OLEH SAUDARA INI HANYALAH BERDASARKAN HEARSAY ATAU PEMBACAAN LAPORAN MEDIA SAHAJA DAN KOMEN SAUDARA INI TIADA BEZA DENGAN KATA-KATA SEORANG BUSY BODY.

1. Pada 28 Januari 2019, suatu Tribunal yang ditubuhkan mengikut Perkara Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersidang dan kemudian ditangguhkan untuk memutuskan sama ada Tribunal tersebut bersifat akademik kerana anggota-anggota SPR yang disiasat telah meletakkan jawatan.

WAKIL AG, PEGUAM KANAN M. PURUVALAN YANG BERHUJAH DI MAHKAMAH TEMPOH HARI SENDIRI TELAH MENYATAKAN BAHAWA TRIBUNAL INI TELAH BERSIFAT AKADEMIK DAN MENYOKONG HUJAHAN BELIAU DENGAN MERUJUKKAN TRIBUNAL DENGAN 3 KES DULUAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN BERKAITAN KEADAAN-KEADAAN DI MANA MAHKAMAH TIDAK PERLU MEMBUANG MASA MEMBICARAKAN SESUATU KUASA TINDAKAN YANG BERSIFAT AKADEMIK.

PEGUAM-PEGUAM YANG MEWAKILI 6 ORANG RESPONDEN JUGA SEMUANYA MENYAMBUNG BERHUJAH MENYOKONG HUJAHAN WAKIL AG BERKENAAN.

JADI SAUDARA SYAHREDZAN, TIDAK TIMBUL ISU BAHAWA SAMA ADA TRIBUNAL INI DITANGGUHKAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA TRIBUNAL INI BERSIFAT AKADEMIK ATAU TIDAK KERANA TIADA SEORANG PEGUAMPUN DI HADAPAN TRIBUNAL TEMPOH HARI MENGHUJAHKAN YANG BERTENTANGAN BAHAWA TRIBUNAL INI BUKAN BERSIFAT AKADEMIK.

KECUALI TOMMY THOMAS YANG TIGA HARI SELEPAS MAHKAMAH SELESAI BERSIDANG TIBA2-TIBA MENGHUJAHKAN TRIBUNAL INI BUKAN BERSIFAT AKADEMIK MELALUI SATU KENYATAAN MEDIA DAN PADA MASA YANG SAMA MEMECAT PEGUAM KANAN M. PURUVALAN YANG ASALNYA MEWAKILI AG DI HADAPAN TRIBUNAL ATAS ALASAN PURUVALAN GAGAL BERHUJAH MENGIKUT ASPIRASI PEGUAM NEGARA.

2. Dilaporkan pada 17 Oktober 2018 bahawa suatu Tribunal ditubuhkan untuk menyiasat anggota-anggota SPR tersebut. Ini bermakna, semasa laporan tersebut tersiar, Perdana Menteri sudahpun membuat representasi pada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada ketika itu untuk menubuhkan Tribunal tersebut. Oleh itu, tidak ada kekhilafan atau ketidakaturan dalam tindakan Perdana Menteri pada masa itu. Ia juga bermakna bahawa Tribunal tersebut telah ditubuhkan dengan teratur oleh YDPA. Oleh kerana Tribunal itu telah ditubuhkan, maka adalah wajar bahawa prosiding dimulakan pada hari itu, walaupun untuk menentukan sama ada ia patut diteruskan atau tidak.

INILAH MASALAHNYA APABILA SAUDARA SYAH TIDAK BERHUJAH BERDASARKAN DOKUMEN KRONOLOGI KES.

PADA TARIKH 17 OKTOBER 2018 BERKENAAN, KESEMUA ANGGOTA SPR BERKENAAN TELAH MENGHANTAR SURAT KEPADA YDPA MEMOHON PERKENAN BAGINDA UNTUK MASING-MASING MELETAKKAN JAWATAN BERKUATKUASA 1 JANUARI 2019.

PADA TARIKH 17 OKTOBER BERKENAAN, TRIBUNAL INI BELUM LAGI DITUBUHKAN WAHAI SAUDARA. YANG BERLAKU PADA TARIKH TERSEBUT HANYALAH KENYATAAN MEDIA AG MEMAKLUMKAN SATU TRIBUNAL AKAN DIBENTUK.

YAB TUN M YANG DIKASIHI HANYA MENANDATANGANI REPRESENTASI KEPADA YDPA PADA 29 NOVEMBER 2018 IAITU SELEPAS 42 HARI SEMUA ANGGOTA SPR BERKENAAN MENGHANTAR SURAT PERLETAKAN JAWATAN.

YA, PERLETAKAN JAWATAN MEREKA HANYA BERKUATKUASA PADA 1 JANUARI 2019 TETAPI SEJAK 17 OKTOBER LAGI, MEREKA TELAH KOMUNIKASIKAN HASRAT UNTUK MELETAKKAN JAWATAN.

ISUNYA SEKARANG MENGAPA TOMMY THOMAS MERAHSIAKAN FAKTA INI DARI PENGETAHUAN YAB PM KETIKA BELIAU BERJUMPA PM PADA 29 NOVEMBER 2018 UNTUK PM MENANDATANGANI REPRESENTASI TERSEBUT?

JIKA PM KITA DIMAKLUMKAN OLEH AG BAHAWA KESEMUA MEREKA INI TELAH MENGHANTAR SURAT PELETAKAN JAWATAN 42 HARI SEBELUM ITU, PASTINYA YAB PM YANG KITA SAYANGI INI AKAN BERTANYA KEPADA AG SEBELUM BELIAU MENURUNKAN TANDATANGAN SEPERTI SOALAN BERIKUT:-

MR AG, CAN WE SACK PEOPLE WHO HAS ALREADY RESIGNED?”

TETAPI INI TIDAK BERLAKU.

KENAPA TOMMY THOMAS MEMBIARKAN SAJA PM TERUS MENANDATANGANI SURAT BERKENAAN DALAM KEADAAN TOMMY THOMAS TAHU PENUBUHAN TRIBUNAL ITU AKAN MENJADI AKADEMIK?

YA MEMANG TIADA KEKHILAFAN DI PIHAK PM KETIKA MENANDATANGANI SURAT ITU PADA 29 NOVEMBER 2018 KERANA PM MENANDATANGANI SURAT ITU DENGAN SUCI HATI ATAS NASIHAT AG.

YANG KHILAF DI SINI ADALAH AG KERANA MENGELIRUKAN PM DAN MENYEMBUNYIKAN FAKTA BAHAWA MEREKA YANG TELAH MELETAK JAWATAN TIDAK LAGI BOLEH DIPECAT OLEH TRIBUNAL INI KEMUDIANNYA.

AG BUKAN SEKADAR TERKHILAF SEKALI TETAPI 2 KALI. PADA 5 DISEMBER 2018, TIMBALAN YDPA YANG MENJALANKAN KUASA-KUASA YDPA TELAH BERKENAN MENUBUHKAN TRIBUNAL INI SEPERTI YANG DISYORKAN OLEH REPRESENTASI PM BERTARIKH 29 NOVEMBER 2018.

AG JUGA MENYEMBUNYIKAN FAKTA SEPERTI MANA PENYEMBUNYIAN FAKTA BELIAU KEPADA PM DAN BELIAU GAGAL MENASIHATI TIMBALAN YDPA SEHINGGA MENYEBABKAN KEAIBAN KEPADA TUANKU MEMPERKENANKAN SESUATU TRIBUNAL YANG TELAH BERSIFAT AKADEMIK PADA TARIKH BAGINDA MENURUNKAN TANDATANGAN PERKENAN BAGINDA.

TOMMY THOMAS TELAH MENIPU PM YANG MENCADANGKAN LANTIKAN BELIAU SEBAGAI AG.

TOMMY THOMAS TELAH MENIPU YDPA YANG MELANTIK BELIAU SEBAGAI AG.

3. Selepas berita tersebut tersiar, anggota-anggota SPR tersebut telah meletakkan jawatan pada bulan Oktober dan November 2018. Menurut Peguam Negara, peletakkan jawatan anggota-anggota tersebut ditetapkan oleh mereka sendiri secara unilateral untuk berkuatkuasa pada 01 Januari 2019.

4. Perkara 114(3) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada YDPA untuk menolak atau menangguhkan peletakan jawatan tersebut. Maka, dakwaan sesetengah pihak bahawa Peguam Negara seharusnya berunding dengan Perdana Menteri untuk menasihati YDPA supaya menolak peletakan jawatan tersebut sehingga Tribunal mencapai keputusan nampaknya tidak mempunyai asas dalam Perlembagaan.

SIAPAKAH SI BUTA PERLEMBAGAAN YANG MENYATAKAN YDPA ADA KUASA PERLEMBAGAAN SEDEMIKIAN?

5. Harus diingat bahawa terdapat tuduhan-tuduhan yang serius terhadap anggota-anggota SPR semasa PRU ke-14. Sekiranya Tribunal mendapati bahawa mereka masih boleh meneruskan persidangan dan fungsi mereka bukan sekadar akademik, maka tuduhan-tuduhan terhadap bekas anggota SPR ini mesti disiasat dengan menyeluruh. Mereka tidak wajar melepaskan diri daripada menjawab tuduhan-tuduhan ini dengan meletakkan jawatan.

PERKARA 114(3) PERLEMBAGAAN MENYATAKAN BAHAWA SATU-SATUNYA TUJUAN PENUBUHAN TRIBUNAL SEPERTI INI ADALAH UNTUK MEMECAT MEREKA.

TIDAK WUJUD PERKATAAN “MENYIASAT” SEBAGAI FUNGSI PERLEMBAGAAN TRIBUNAL.

KALAUPUN ADA SALAH LAKU MEREKA CABARAN TERHADAP KEPUTUSAN SPR YANG DIPERTIKAIKAN HANYA BOLEH DIBUAT MELALUI PETISYEN PILIHANRAYA DALAM TEMPOH 21 HARI DARI TARIKH WARTA DAN SIASATAN KE ATAS MEREKA HANYA BOLEH DIBUAT MELALUI PROSES BICARA PETISYEN ITU SAHAJA.

MUSTAHIL SAUDARA TAK TAHU UNDANG-UNDANG SEBEGINI.

6. Terdapat juga pihak yang mendakwa kononnya akan ada Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat sekiranya didapati bahawa adanya salahlaku pada anggota-anggota SPR tersebut. Ini adalah dakwaan yang mengarut; Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa suatu keputusan Pilihan Raya hanya boleh dicabar melalui petisyen pilihan raya. Akta Kesalahan Pilihan Raya pula dengan jelas menyatakan petisyen pilihan raya mesti difailkan dalam tempoh 21 hari selepas ia disiarkan dalam warta. Oleh yang demikian, masa untuk memfailkan petisyen bagi PRU ke 14 sudah lama berlalu.

BERSIH YANG TUDUH ADA SALAH LAKU SPR DAN PM PERCAYA DENGAN TUDUHAN BERSIH BERKENAAN SEHINGGA CADANGKAN KEPADA YDPA UNTUK TUBUHKAN TRIBUNAL BAGI MEMECAT MEREKA.

YDPA SETUJU DENGAN CADANGAN PM DAN BERKENAN TUBUHKAN TRIBUNAL UNTUK MEMECAT MEREKA.

TIBA-TIBA HARI INI SAUDARA KATA SAYA MENGARUT BILA SAYA CAKAP PRU-14 BOLEH DIBATALKAN KERANA SALAH LAKU SPR?

SIAPA YANG MENGARUT SEBENARNYA NI, SAUDARA?

ADUAN BERSIH YANG MENGARUT KE ATAU SAYA YANG MENGARUT?

KALAU ADA SALAH LAKU SPR MESTILAH BERMAKSUD SPR TELAH MENGENDALIKAN PRU-14 DENGAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG.

BILA SPR DAH MENYALAHI UNDANG-UNDANG MAKA SEMESTINYALAH SPR BERSALAH.

JIKA SPR BERSALAH MAKA APA JUA TINDAKAN SPR ADALAH SALAH.

MAKA TINDAKAN SPR MEWARTAKAN KEPUTUSAN RASMI PRU-14 JUGA PASTI SALAHLAH, KAN?

KALAU PERMULAANNYA SPR KENDALI PRU DAH SALAH TAKKAN PENGAKHIRANNYA PEWARTAAN KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN BOLEH TIBA-TIBA JADI BETUL PULA, KAN?

INI KONSEP IKUT LOGIK AKAL SAHAJA. TIDAK PERLU BELAJAR UNDANG-UNDANG SELAMA 30 TAHUN BARU BOLEH NAK FAHAM.

LAGI SATU TENTANG MACAMANA KAEDAH NAK PAKAI UNTUK BATALKAN PRU-14 INI?

SEBENARNYA ADA 8 KAEDAH.

YANG SAUDARA SEBUT BERKAITAN HANYA MELALUI PETISYEN PILIHANRAYA TU HANYALAH SALAH SATU DARI 8 KAEDAH.

OH KIRA DISEBABKAN DAH LEBIH 21 HARI MAKA TAK BOLEH BUAT APA-APALAH?

MEMANG SEMUA PENSYARAH UNDANG-UNDANG AKAN AJAR SAUDARA BEGITU TAPI SEKARANG PRINSIP UNDANG-UNDANG DAH ‘HYBRID‘ SAUDARA SYAH OIII.

BE CREATIVE AND INNOVATIVE LA!!!

IN SYA ALLAH ADA JALANNYA.

DENGAN IZIN ALLAH.

IT IS FOR ME TO KNOW AND FOR YOU TO FIND OUT WHAT ARE THE OTHER METHOD TO NULLIFY PRU-14.

7. Saya menyeru semua pihak untuk berhenti membuat kenyataan-kenyataan tanpa asas undang-undang mengenai Tribunal tersebut seperti ini.

KO YANG PATUT DIAM JANGAN LAGI CAKAP APA-APA PASAL TRIBUNAL NI LAGI SEBAB KAU ITU BUKAN COUNSEL ON RECORD PUN.

Syahredzan Johan

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
0129770412

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts