Dr. Mahathir kata:
1. Ketika Zaman Najib Razak berkuasa, pesalah yang belum dituduh (charged) di mahkamah, disuruh pakai baju oren lokap. Dibawa ke mahkamah dengan baju oren lokap. Contoh, Safie Apdal dan Marina Chin.
Mereka juga ditahan dalam bilik gelap sebelum dibawa ke mahkamah pada keesokan harinya.
2. Zaman PH dan saya sekarang, kita berlaku adil kepada Najib, kata Dr. Mahathir.
Najib walaupun dituduh dengan pelbagai tuduhan. Najib tidakpun disuruh pakai baju oren untuk ke mahkamah.
Dibenar jamin di mahkamah dan bebas duduk di luar. Bebas untuk berjumpa dengan rakyat dan berceramah sana sini.
SOALAN KEPADA DR. MAHATHIR:
Adakah Najib kini merupakan ancaman kepada Pakatan Harapan memandangkan Najib kini semakin popular bersama Rakyat?
DR. MAHATHIR JAWAB:
Najib hanya popular di media sosial sahaja kerana Najib membawa pelbagai cerita di media sosial.
Mereka (BN) menang di Cameron Highlands tetapi mereka (BN) juga hilang banyak undi (nyanyuk dah nie, kenyataan yang membingungkan).
INTERVIEW DIHENTIKAN OLEH PEGAWAI DR. MAHATHIR.
ULASAN:
Dr. Mahathir ini ingat rakyat mudah lupa kepada zaman dia memerintah negara selama 22 tahun sebelum ini. Adil konon. Cuba baca, apa yang Dr. Mahathir buat terdahulu:
1. Kes Sodomi 1 Anwar Ibrahim. Anwar kata (di dalam temuramah CNN Hard Talk baru-baru ini), bahawa Kes Sodomi 1 ini was fabricated and politically motivated.
Bermakna Anwar kata, kes tersebut direka oleh sama ada Dr. Mahathir atau budak-budak Dr. Mahathir dan kes tersebut juga berunsur politik untuk menjatuhkan dirinya (Anwar).
Nota : Anwar menang kes Sodomi 1 ini setelah membuat Rayuan (On Appeal to the Appeal Court).
2. Mata Lebam Anwar. Ketika mula-mula Anwar ditahan, Anwar kena mata lebam. Dr. Mahathir (ketika itu berada di India), kata mungkin Anwar yang sengaja cerderakan dirinya sehingga matanya lebam.
Pada hal, anggota polis yang menumbuk mata Anwar ketika dia dalam tahanan. Dr. Mahathir cuba berselindung tetapi gagal.
3. Tidur di bilik tahanan. Najib Razak juga tidur semalam di dalam bilik tahanan SPRM sebelum dibawa ke mahkamah keesokan harinya. Tiada sebarang ke istimewaan. Dr. Mahathir mungkin terlupa.
4. Baju Oren Orang Tahanan. Najib tidak pakai baju oren orang tahanan kerana menurut kenyataan SPRM, kerana menghormati Najib, seorang bekas Perdana Menteri. Belum pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dituduh di mahkamah di dalam sebarang kes jenayah. Dr. Mahathir mungkin terlupa lagi.
5. Ikat Jamin Berjuta Ringgit. Adil ke? Setiap kali didakwa, Najib perlu membayar wang ikat jamin berjuta ringgit. Manakala, Akaun Najib dibekukan. (Kini, akaun sudah tidak lagi dibekukan).
6. Tuduh Dahulu. Kertas siasatan belum siap. Adil ke? Najib Razak dituduh dahulu dan dimalukan di mahkamah dengan pelbagai tuduhan rasuah, AMLA dan menyalahgunakan kuasa.
Pada hari Najib dituduh di mahkamah, kertas pertuduhan belum lagi disiapkan oleh pejabat Peguam Negara.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Tuduh dulu, kertas pertuduhan diberi sebulan selepas itu.
SESUNGGUHNYA DR. MAHATHIR BANYAK TERLUPA FAKTA DAN SEJARAH YANG BERLAKU.
Adil atau tidak, kerajaan Pakatan terhadap Najib Razak yang kini berhadapan dengan 42 pertuduhan, hanya rakyat yang dapat menilai. Kita tunggu perbicaraan di mahkamah nanti.
(Mohon tonton video interview wartawan bersama Dr. Mahathir ini).
Salam.
DSBA
4 Februari 2019