Di sebalik kerajaan Pakatan Harapan menidakkan populariti Datuk Seri Najib yang semakin meningkat, rakyat berterusan menggunakan ungkapan yang trending ketika ini iaitu, “Malu apa, Bossku?“
Terkini, ketika Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), salah seorang hosnya iaitu Sherry Al Hadad ketika bergurau mesra dengan seorang lagi hos iaitu Alif Satar, secara selamba berkata kepada rakan hosnya, “Malu apa, Bossku?”
Kejadian tersebut membuatkan satu dewan riuh ketawa dan Alif Satar sendiri tidak dapat menahan gelak ketawa beliau.
Dua kali Sherry menggunakan ungkapan tersebut dan menambah dengan berkata, “Bossku, Bossku semua…”, merujuk kepada penonton di dewan.
Kejadian spontan tersebut berlaku dalam keadaan satu negara tahu kegagalan kerajaan memulihkan ekonomi negara sehinggakan mereka memerlukan tiga ‘penasihat’ ekonomi iaitu;
- Council of Eminem Person (CEP)
- Penasihat Ekonomi Peribadi kepada Tun Mahathir Mohamad dengan melantik Dr. Muhammed Abdul Khalid
- Terkini Tun Mahathir ingin membuat satu badan khas berkaitan isu-isu ekonomi yang menyamai Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Ini jelas menunjukkan kegagalan ekonomi negara di bawah Pakatan Harapan yang berterusan menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai ‘kambing hitam’ namun kini tidak lagi dipercayai rakyat.
Rakyat menolak, marah, gusar dan tidak berpuas hati dengan langkah-langkah dan dasar-dasar kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan yang dilihatkan hanya menguntungkan satu kaum sahaja iaitu Cina.
Oleh itu, ungkapan “Malu apa, Bossku”, menjadi ikutan dan mainan orang ramai termasuklah di majlis terbuka seperti AJL33 yang dilangsungkan malam tadi.
Sekurang-kurangnya rakyat terhibur dengan ungkapan tersebut di mana jua ketika mereka masih tertanya-tanya mengenai hala tuju negara.
Rakyat juga harapkan pengurusan TV3 menerima jenaka Sherry dan bukannya menghukum beliau kelak dengan menahan beliau dari muncul di mana-mana program dan rancangan di bawah Media Prima.
Kerajaan juga perlu akui mereka gagal setelah 10 bulan mentadbir negara dan bukannya asyik menyalahkan pihak lain termasuk kerajaan terdahulu dan juga Donald Trump.
Malu apa, Bossku?
https://youtu.be/fcAYEbCxWTw