Oleh Mohd Puad Zarkashi
8 Februari 2019
Setelah rakyat Cameron Highland memalukan Kerajaan PH kini giliran rakyat Semenyih pula untuk mengajar mereka terutama Peguam Negara dan SPRM.
Contoh terbaru ialah cara mereka melaksanakan keadilan terhadap Najib.
Berlonggok dakwaan, dakwaan ditambah, dipinda, digugurkan, didakwa semula, dilokap dan ikat jamin yang tinggi.
Nampak sangat SPRM dan AG tangkap muat, kurang bersedia, teragak-agak, dakwaan terpilih seperti terpaksa menurut arahan orang tertentu.
Peguam Negara tidak beretika langsung.
Pendedahan peguambela TS Mohd Shafie Abdullah menambahkan lagi kesangsian rakyat.
Adakah patut team pembela terpaksa bersengkang mata untuk menyediakan bahan pembelaan pada 12 Februari ini setelah tuduhan asal dipinda kali kedua dan tiga pertuduhan baru ditambah, tiba-tiba tiga pertuduhan tambahan itu digugurkan.
Sedangkan team Pembela telah membuat permohonan penangguhan kerana pindaan dan tambahan dakwaan tersebut.
Malangnya ditolak bulat-bulat oleh mahkamah.
Mohon rakyat Semenyih ajar banyak Kerajaan PH yang mempermainkan rule of law ini.