KES NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH SEMAKIN KALUT, PEGUAM NEGARA BERTAMBAH KALUT

595
SHARES
1.6k
VIEWS

Kes DS Najib Razak di Mahkamah semakin kalut sehari dua ini, apabila Peguam Negara (AG), Tommy Thomas menarik balik 3 pertuduhan daripada Mahkamah Tinggi (High Court) terhadap Najib Razak.

3 pertuduhan tersebut berkenaan dengan kes membabitkan SRC International Berhad melibatkan RM47 juta, ditarik balik pada hari Khamis, 7 Februari 2019.

Sehari selepas itu, Jumaat 8 Februari, AG Tommy Thomas mengemukakan 3 pertuduhan yang sama di Mahkamah Sesyen (Session Court), di bawah Section 4 (1) (a), of the 2001 Anti-Money Laundering & Anti-Terrorism Financing Act.

Kes ini akan didengar semula pada 8 Mac hadapan.

Kes mahkamah Najib ini semakin kalut kerana AG Tommy Thomas telah tersilap, membawa 3 pertuduhan tersebut terus ke High Court tanpa kes-kes ini didengar dahulu di Session Court.

AG sepatutnya memohon perintah Mahkamah untuk memindahkan kes-kes tersebut ke High Court.

Hari ini, seluruh Badan Perundangan dapat melihat dengan jelas betapa kalutnya AG Tommy Thomas dan Pejabat Peguam Negara mengendalikan kes-kes Najib Razak ini.

Kesilapan fundemental dan penting seumpama ini tidak pernah berlaku di dalam sejarah perundangan negara.

Kini, jumlah pertuduhan terhadap Najib Razak kekal 42 pertuduhan.

Manakala, wang jaminan Najib setakat hari ini, berjumlah RM6 juta.

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN BERTERUSAN MENGHADAPI KRISIS DEMI KRISIS.

Salam.

DSBA

9 Februari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts