KERJASAMA UMNO DENGAN PAS, DAP TIDAK PERLU RISAU

560
SHARES
1.8k
VIEWS

DAP tidak perlu risau, khuatir atau gundah gulana dengan kerjasama UMNO dengan PAS.

Kerjasama UMNO dengan PAS ini dibina atas perpaduan Ummah, Agama Islam, Negara dan Bangsa.

Kerjasama ini berpandukan di atas landasan kita perlu melindungi kepentingan nilai-nilai Agama Islam.

Melindungi kepentingan keistimewaan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara ini, dengan tidak mengusik kepentingan dan hak bangsa lain untuk menganut agama lain selain daripada Islam.

DAP tidak perlu curiga terhadap kerjasama UMNO dengan PAS ini kerana ianya dinilai oleh rakyat, terutama rakyat yang beragama Islam.

Kalau perjuangannya berada di landasan yang betul. Rakyat akan sokong.

Kalau landasan dan asas perjuangannya salah. Rakyat akan tolak.

DAP juga pernah menjalinkan kerjasama politik bersama PAS satu ketika dahulu.

PAS menolak kerjasama dengan DAP kerana PAS sangsi kepada DAP yang tidak jujur di dalam menjalinkan kerjasama tersebut.

Putuslah hubungan kerjasama politik antara PAS dengan DAP.

Kini, DAP menjalinkan kerjasama dengan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah.

SESUNGGUHNYA KERJASAMA UMNO – PAS ADALAH UNTUK UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

Oleh:

TUAN HAJI AHMAD KAMEL ABDUL MUNIN

Bekas Setiausaha Politik kepada DSMK

13 Februari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts