PUTERA MAHKOTA SAUDI BELI KELAB MANCHESTER UNITED HANYA KHABAR ANGIN

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Dakwaan bahawa Putera Mahkota Saudi Mohammed Bin Salman ingin membeli kelab bola sepak gergasi Liga Perdana Inggeris, iaitu Manchester United adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Media Arab Saudi, Turki Abdullah Al-Shabanah menerusi Twitter-nya seawal pagi tadi.

Beliau menjelaskan spekulasi yang tersebar sebelum ini apabila Tengku Mahkota Saudi dilihat berkunjung ke kelab tersohor tersebut.

“Laporan yang mendakwa bahawa Putera Mahkota Putera Mohammed Bin Salman berhasrat untuk membeli @ ManUtd benar-benar palsu.

Manchester United mengadakan pertemuan dengan @PIFSaudi untuk membincangkan peluang penajaan. Tiada sebarang kesepakatan dimeterai.”

Ini menafikan desas-desus yang muncul di media sebelum ini yang melaporkan bahawa Putera Mahkota membentangkan tawaran US$4.9 bilion untuk gergasi bola sepak yang lebih dikenali sebagai Red Devil  itu dan pernah memenangi liga utama sebanyak 13 kali.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts