KENYATAAN AKHBAR KB BUKIT GANTANG MENGENAI CHENG HAU DESAK TUN LETAK JAWATAN

249
SHARES
797
VIEWS

Kenyataan akhbar

Tindakan Dr. Boo (Dr. Boo Cheng Hau pemimpin DAP Johor seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today dan Harian Metro) baru-baru ini mendesak YAB Tun letak jawatan adalah biadap dan tidak mesra Pakatan.

Apa salah Tun? Adakah Tun jual hartanah negara kepada negara asing. Atau jual kawasan hutan kepada pengusaha asing? Atau membenarkan kuasa asing menguasai aset dan kontrak mega negara ini? Tun dan kepimpinan PH bertungkus-lumus membetulkan ekonomi yang teruk sekarang ini yang menekan hidup rakyat.

Wakil DAP itu harus akui, tanpa Tun BN tidak mungkin akan ditumbangkan dalam PRU lepas. Sebelum ini, PR telah beberapa kali PRU cuba untuk kalahkan BN, namun gagal. Kekuatan Tunlah yang mampu menarik kebangkitan rakyat untuk memenangkan PH seperti yang kita lihat hari ini. Semangat PH itu perlu dipertahankan dengan lebih bertanggungjawab dan mesra Pakatan.

Sebagai pemimpin, Boo harus sedar orang Melayu keseluruhannya sukar menerima DAP dan sehingga hari ini pun oang Melayu yang mewakili 67% rakyat negara ini masih sukar menerima DAP. Beliau juga harus ingat, bahawa kerana itu Tun pernah dituduh kononnya diperalatkan oleh DAP, tetapi Tun tetap menghadapi situasi itu dengan semangat mahu menyelamatkan negara ini.

Ia membayangkan betapa orang Melayu sukar menerima DAP yang dicop sebagai cauvanis sebelum ini. Beliau sepatutnya berterima kasih kepadad Tun kerana memesrakan DAP dalam lanskap politik negara ini.

Saya cadangkan agar pemimpin DAP itu berusaha untuk memesrakan parti itu dengan rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang majoriti di negara ini.

Tun adalah pemimpin Melayu yang sangat dihormati. Orang Melayu sanggup tinggalkan UMNO parti yang sinonim dengan Melayu itu hanya kerana adanya Tun di situ.

Status ekonomi negara yang begitu tertekan hari ini menyebabkan pengurusan kewangan negara terjejas. Situasi inilah yang perlu pemimpin DAP itu memberi penjelasan dan pencerahan kepada rakyat. Mengapa AES diteruskan dengan tambahan kamera lagi, mengapa PTPTN terpaksa diteruskan, mengapa peruntukan kepada sekolah-sekolah persendirian yang kurikulumnya masih tidak jelas diberikan? Sepatutnya pemimpin DAP itu tampil memberi pencerahan kepada rakyat yang sekarang menjadi pertikaian awam.

Tentang penyertaan Ahli Parlimen UMNO dalam PPBM, beliau sepatutnya tidak perlu ragu-ragu dan berpersepsi bagai kerana penyertaan mereka akan mengukuhkan PH itu sendiri. Jangan alergi terhadap mereka hanya kerana UMNO, kerana bukan semua mereka itu perasuah atau korup. Kita sepatutnya mengalu-alukan dan berlapang dada menerima mereka. Pemimpin yang korup dan salah guna kuasa pasti akan diadili.

Sekian.

Dato’ Shaharuddin Abdul Rashid

Ketua Bahagian Bersatu Bukit Gantang

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts