PUTERA MAHKOTA ARAB SAUDI DISAMBUT MESRA OLEH MODI

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Putera Mahkota Mohammed bin Salman tiba di New Delhi untuk lawatan pertamanya ke India pada Selasa lepas dan disambut erat oleh Perdana Menteri Narendra Modi.

Modi mengalu-alukan kedatangan Putera Mahkota Saudi yang disambut dengan pelukan mesra antara ketua negara, dalam rangka lawatan Baginda ke rantau Asia yang julung-julung kali diadakan.

“India amat gembira menyambut Mohammed Bin Salman, Putera Mahkota Arab Saudi,” kata Modi dalam kenyataannya.

Lawatan Diraja selama dua hari itu berlaku di tengah ketegangan antara New Delhi dan Islamabad selepas serangan ketenteraan Pulwama pada 14 Februari lalu, di mana 44 anggota keselamatan terkorban.

Bercakap di Islamabad pada Selasa lepas, Menteri Luar Negeri Saudi Adel Al-Jubeir mengatakan bahawa Saudi akan membantu meredakan ketegangan di antara negara-negara jiran dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang terbaik dan aman.

Lawatan Diraja tersebut berikutan lawatan Modi ke Arab Saudi pada April 2016, di mana kedua-dua negara meningkatkan kerjasama erat dengan beberapa perkongsian strategik termasuk mengadakan latihan tentera laut bersama dan memperkasa kerjasama pertahanan.

Sebagai rekod, India adalah rakan perdagangan keempat terbesar Arab Saudi, dengan perdagangan dua hala bernilai US$27.5 bilion pada 2018, dan Riyadh membekalkan 20 peratus keperluan minyak mentah India.

Selain itu, Saudi Aramco, dengan kerjasama ADNOC, sebuah syarikat UAE, memeterai usahasama US$44 bilion untuk kepentingan dalam projek Penapisan dan Petro-Kimia Ratnagiri di negeri India barat Maharashtra.

Ketika ini terdapat lebih 7 juta rakyat India yang bekerja di rantau Teluk dan India menitikberatkan kerjasama dan kepentingan bersama antara dua negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts