18 BUKTI ‘RULE OF LAW’ DITEGAKKAN DI BAWAH PAKATAN HARAPAN

322
SHARES
886
VIEWS

1. Penghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW secara sengaja, ditahan reman namun dibebaskan tanpa dikenakan sebarang dakwaan setakat ini

2. Menteri Agama berkata akan menyaman mana-mana pihak yang menggunakan isu Tabung Haji ketika berkempen di PRK Semenyih sekiranya mengatakan dirinya dan Tabung Haji dikawal oleh DAP

3. Wan Muhammad Azri Wan Deris atau ‘Papagomo’ tahan reman selama tiga hari kerana laporan palsu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang mengatakan beliau mencekiknya dan dibuktikan sebaliknya oleh pihak polis

4. Penipuan pemilikan ijazah palsu dan kelulusan dari universiti ‘degree mill‘ oleh Menteri, Timbalan Menteri dan pemimpin Pakatan Harapan masih tidak disiasat

5. Pelbagai lantikan individu politik, termasuk saudara mara dan anak Menteri ke pelbagai agensi berkaitan kerajaan dan badan berkepentingan yang tidak sepatutnya berlaku

6. Salah laku pilihan raya yang dilakukan oleh Pakatan Harapan ‘dihalalkan’ walaupun pelbagai laporan polis telah dilakukan apabila ‘ditangkap basah’ melakukan agihan wang kepada pengundi serta menggunakan kenderaan kerajaan dan pemberian hamper

7. Termasuk yang terkini berlaku pengagihan hamper dan tawaran baik pulih rumah di PRK Semenyih yang dinafikan oleh calon, Muhammad Aiman Zainali namun diakui oleh Tan Sri Muhyiddin

8. SPR berat sebelah dalam pelbagai Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuk di Cameron Highlands selain keanggotaan SPR diragui kerana dianggotai oleh hanya seorang Pengerusi sahaja ketika itu

9. SPR telah menambah anggotanya selaras dengan perlembagaan namun aktivis BERSIH turut dilantik menganggotainya yang membuktikan SPR tidak akan mampu untuk bersikap telus dan tidak memihak

10. BERSIH memfailkan pertuduhan dan menuntut diwujudkan tribunal menyiasat salah laku anggota SPR sebelum ini yang hanya menimbulkan polemik Perlembagaan dan ‘kesipuan’ terhadap panel yang bersidang

11. Peguam Negara gagal memaklumkan atau cuba mengelirukan Yang DiPertuan Agong (Pemangku ketika itu) dan Perdana Menteri mengenai kesilapan besar tersebut

12. Majlis tari-menari yang melibatkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong serta peguam-peguam politik pro-Pakatan Harapan, Datuk S. Ambiga dan Siti Kasim yang dianggap sebagai perkara biasa

13. Peguam Negara batalkan dakwaan terhadap Siti Kassim dan beliau dibebaskan daripada dakwaan menunjukkan jari tengah kepada hadirin ketika wacana Rang Undang-undang 355 di Kompleks Karangkraf

14. Lim Guan Eng dan Phang Li Koon dibebaskan atas dakwaan rasuah di atas pembelian banglo milik Li Koon yang dibeli oleh Guan Eng di bawah harga pasaran dan dalam masa yang sama syarikat Li Koon terlibat dalam projek oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ketika Guan Eng adalah Ketua Menterinya

15. Pihak pendakwaan turut menggugurkan dakwaan terhadap ramai ahli politik pembangkang termasuk Tian Chua, Adam Adli, R. Sivarasa, N. Surendran, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong, Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga, serta pelukis kartun, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar

16. Pakatan Harapan turut menggunakan undang-undang untuk menekan musuh politiknya termasuk membekukan akaun mereka, yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional terhadap mana-mana parti pembangkang sebelum ini

17. Akaun UMNO yang dibekukan sejak sekian lama atas tuduhan kerana menerima wang dari 1MDB masih belum dipulihkan untuk digunakan oleh mereka terutamanya menjelang PRK Semenyih, PRK Rantau dan lain-lain, sedangkan tiada sebarang pertuduhan lagi setakat ini

18. Wang dan barangan yang dirampas oleh pihak polis bahagian jenayah komersial yang dirampas di rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum dipulangkan kepada pemiliknya walaupun tuntutan telahpun dibuat

Serta pelbagai lagi perkara mengenai ‘RULE OF LAW‘ yang berat sebelah boleh disenaraikan dan pasti akan bertambah di zaman Pakatan Harapan memerintah yang hanya dipenuhi dengan retorik, penipuan, janji-janji palsu serta hanya menghina kecerdasan atau kecerdikan rakyat.

Pakatan Harapan gagal mengambil peluang memanfaatkan pemerintahan mereka dengan memakmurkan negara dan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat, sebaliknya hanya bersikap membalas dendam, hidup dalam sindrom penafian dan mengamalkan ‘pembodohan rakyat’ secara berterusan.

Persoalannya, bagaimanakah rakyat ingin mengharungi ‘Rule of Law‘ terpilih begini sehingga PRU-15 kelak?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts