Sebelum ini pada 26 Oktober lepas, seorang penghantar ikan patin dipenjara 6 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas kesalahan menghina polis di laman sosial Facebook, yang dibuat 3 hari sebelumnya.
Ini bermakna beliau membuat posting di Facebook beliau pada 23 Oktober dan sepantas kilat beliau ditahan dan didakwa serta terus dijatuhkan hukuman hanya dalam masa 3 hari.
Apa yang mengejutkan, beliau dipenjarakan selama 6 bulan dan mungkin hanya keluar penjara pada penghujung April ini atas kesalahan meninggalkan komen di Facebook terhadap 2 anggota polis yang maut kemalangan di Facebook ‘Komuniti Kuantan’ bagi tujuan menyakitkan hati sesetengah pihak.
Berbeza dengan seorang lelaki Cina, Foo Sing Wai yang membuat penghinaan secara melampau terhadap Baginda Rasulullah SAW dan Saidatina A’isyah RA, termasuk menyiarkan gambar fitnah dan kata-kata penghinaan, dibebaskan setelah ditahan reman dan masih belum didakwa sehingga kini.
Apakah perbezaan antara Mohd. Hannan Ibrahim dan Foo Sing Wai, di mana kedua-duanya membuat kesalahan di Facebook dengan membuat posting menghina?
Mohd. Hannan membuat penghinaan terhadap dua anggota polis yang maut kemalangan, yang menyakiti pihak keluarga mangsa dan PDRM seluruhnya.
Malah masyarakat lain juga tidak boleh menerima penghinaan sebegini kerana tidak wajar menghina orang yang telah meninggal dunia.
Manakala Foo Sing Wai pula membuat penghinaan dan fitnah melampau terhadap Baginda Nabi SAW dan Saidatina A’isyah RA yang telah lama wafat, yang bukan sahaja menyakiti umat Islam di Malaysia, malah umat Islam di seluruh dunia.
Malah tiada sesiapapun di dunia ini yang boleh menerima penghinaan dan fitnah sebegini melampau buat agama Islam dan juga agama dan kepercayaan lain.
Ini bukan kali pertama beliau sering menghina Melayu dan Islam yang boleh dilihat di laman Facebook beliau sendiri dan juga menghina pemimpin-pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dan Bersatu, UMNO dan juga PAS.
Sangat jelas lelaki Cina tegar DAP ini membenci Melayu dan Islam dan tidak sewajarnya dilepas tanpa dikenakan hukuman yang seberat-beratnya, malah di ruangan komen Facebook beliau sendiri ada lelaki Cina yang lain menasihati beliau agar tidak menyentuh perkara-perkara sensitif.
Jika Mohd. Hannan menghina polis dan hanya dalam masa 3 hari disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 6 bulan, Foo Sing Wai Si Penghina dan Pembenci Islam dan Melayu ini wajar dikenakan hukuman penjara dan dilucutkan kerakyatannya kerana terlalu melampau menghina Islam.
Dalam kes Mohd. Hannan, Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana menyifatkan ia satu kesalahan serius berbentuk penghinaan terhadap pasukan PDRM dan ahli keluarga mangsa, apatah lagi Foo Sing Wai yang jauh melampau menghina agama.
Foo Sing Wai wajar dikenakan hukuman semaksima mungkin dan juga dilucutkan kerakyatannya kerana beliau tidak mencerminkan warga Malaysia yang baik dan tidak layakpun menjadi warga Malaysia lagi.
Juga tahniah buat saudara Firuz Khan Amir Ali yang membuat laporan polis semalam, agar Foo Sing Wai ditangkap semula kerana individu seperti Foo Sing Wai ini amat bahaya kerana provokasinya mampu mengancam keharmonian dan ketenteraman serta boleh mewujudkan ketegangan agama dan kaum.