Oleh Mohd Puad Zarkashi
27 Februari 2019
Sebuah firma penyelidikan Citrine One Sdn Bhd menyimpulkan berlaku krisis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan PH. Ia berpunca kerana rakyat keliru terhadap dasar kerajaan.
Terlalu banyak U Turn, percanggahan dan Menteri pula tidak seragam sesama sendiri.
Kerajaan PH juga masih diselubungi oleh sindrom penafian kerana yakin mereka masih boleh membohongi rakyat sama seperti sebelum PRU ke-14
Ini yang berlaku pada malam isnin lalu. Semasa berkempen di Pangsapuri Baiduri, Muhyiddin kata zaman Najib dulu, banyak sangat bincang tetapi tidak ada keputusan.
Muhyiddin berbohong kerana Najib telah memansuhkan dua tol di Lebuhraya Cheras-Kajang termasuk Tol Batu 3 Shah Alam, EDL di Johor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Sg Rasau di Selangor.
Mungkin sebagai Menteri yang semakin tersisih, Muhyiddin tidak diajak berbincang cadangan pengambilalihan lebuhraya bertol sebagaimana surat kenyataan rasmi oleh JPM.
Ia cuma satu cadangan. Cadangan samalah dengan ‘janji’. Muhyiddin pun ada cadangan untuk jadi PM. Sudah pasti dibincang di kalangan penyokong kuatnya. Setakat bincang sahaja, tercapai belum tentu.
Semoga pengundi Semenyih tidak memilih kerajaan PH yang dilanda krisis keyakinan rakyat. Tengok calon PH pun sudah jelas. 2 haribulan menang, 3 haribulan selesai semua masalah.
Siapa nak percaya?