KEMELUT ANTARA UMNO, MCA DAN MIC

135
SHARES
435
VIEWS

MIC KATA:

Sudah-sudahlah Datuk Nazri mempermainkan isu perkauman dengan mempertikaikan pelantikan Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan AG, dari bangsa lain.

Seolah-olah mereka ini tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tidak mengangkat sumpah dengan Al-Quran.

MIC JUGA MENJELASKAN BAHAWA 

Walaupun ini pelantikan dari kerajaan PH, kita perlu menghormati pelantikan tersebut.

Mempertikaikan pelantikan dengan cara yang sedemikian (tidak bersumpah dengan Al-Quran), menunjukkan Nazri seorang yang rasis seperti cuba menunjukkan bahawa bangsa Melayu, satu bangsa yang lebih supreme dari bangsa-bangsa lain di tanahair ini.

Sudah-sudahlah, memainkan isu sedemikian.

Kita duduk dalam satu negara yang aman dan makmur. Kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya.

MIC telah menunjukkan semangat setia kawan kepada UMNO dengan mengorbankan kerusi Parlimen Cameron Highland, agar kita (BN) boleh meletakkan seorang calon yang terbaik, yang boleh menang.

Terbukti sudah ini adalah tindakan terbaik untuk BN.

Di dalam klip video penjelasan Nazri Aziz, membicarakan mengenai wartawan salah lapor mengenai ucapan beliau di Semenyih.

Kononnya, Nazri dilapor suruh tutup sekolah-sekolah Cina dan India. Kononnya, sekiranya bangsa Cina dan India, mempertikaikan hak-hak orang Melayu. Orang Melayu juga boleh mempertikaikan hak orang bukan Melayu.

Sesungguhnya, Dato Nazri miss the whole point. Nazri tidak faham apa isu yang diperbincangkan.

MIC meminta supaya, UMNO sebagai teras utama parti gabungan Barisan Nasional seharusnya bersikap adil, tertib, sopan di dalam berbicara dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengguris hati parti-parti komponen.

Kita sudah kalah. BN sudah kalah. UMNO sudah kalah. Rakyat sudah menghukum kita.

Kita (BN) perlu sedar ini dan bangun semula, dengan merendah diri dan mempamerkan keperibadian yang baik dan unggul, agar rakyat sayang dan mula mempercayai BN dan UMNO semula.

DI DALAM KEADAAN KITA BERADA DI BLOK PEMBANGKANG:

Kita perlu menukar MIND SET KITA.
Kita perlukan semua orang yang mahu menyokong kita.

Melayu, Cina, India, tua, muda, yang berpengalaman, yang tiada pengalaman.
Di bandar dan di kampung serta di pedalaman.

DENGAN SATU TUJUAN:

Untuk menyelamatkan negara Malaysia ini dan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang kelihatan MAHU MENGHANCURKAN negara ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts