APABILA PAS DAN UMNO BERSATU…

568
SHARES
994
VIEWS

Pas dan UMNO bermesyuarat di PWTC bagi mewujudkan kerjasama rasmi demi penyatuan ummah dalam mengharungi perjalanan politik negara yang semakin tidak menentu di bawah pemerintahan  kerajaan Pakatan Harapan.

Masyarakat Melayu Islam semakin sangsi dengan pemerintahan kerajaan yang semakin caca-marba dan mengabaikan banyak perkara terutamanya perkara berkaitan Melayu dan Islam, yang semakin dipinggirkan dan dihina secara terbuka.

Sebaik sahaja dimuktamad dan diisytiharkan penyatuan antara dua parti Melayu Islam terbesar negara, Lim Guan Eng terus menyerang dengan berkata penyatuan tersebut merupakan “perang terhadap mereka yang bukan Melayu”.

Perkataan PERANG itu kemudian diubahnya menjadi perkataan MENYASARKAN, namun konteks dan maksud ayat yang beliau sampaikan masih tetap sama, iaitu “penyatuan ini bersifat ancaman terhadap orang bukan Melayu di negara ini”.

Ucapan Guan Eng jelas satu provokasi dan fitnah ke atas umat Islam dan kaum Melayu di negara ini dan mendapat kecaman dari netizen pelbagai bangsa termasuk dari MIC dan MCA.

Beberapa laporan polis juga telah dibuat kerana kenyataan tersebut jelas satu hasutan melampau kerana selama ini UMNO yang mengetuai Barisan Nasional yang memerintah, tidak pernah menjadikan kaum bukan Melayu sebagai sasaran.

Antara buktinya ialah perniagaan-perniagaan besar termasuk ekonomi negara sendiri dikuasai oleh mereka yang bukan Melayu, malah senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang disenaraikan oleh Forbes mengandungi 9 orang terkaya berbangsa Cina dan satu India, tiada langsung Melayu dan Bumiputera.

Mat Sabu pula cuba membantu kesilapan besar Guan Eng dengan berkata mungkin yang  dimaksudkan  oleh beliau adalah ‘perang politik’, walaupun cubaan Mat Sabu untuk ‘back up‘ nampak tidak kena dan kelihatan hanya mengampu.

Apabila melihat Mat Sabu mengeluarkan kenyataan sedemikian, ramai netizen yang beranggapan Mat Sabu beriya ‘back up‘ adalah kerana Guan Eng merupakan ‘tuan’ beliau, kelihatan benar kerana seperti biasa beliau akan cuba halalkan apa sahaja pandangan Guan Eng.

Tidak pelik apabila Presiden Amanah mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana seluruh pimpinan Amanah sendiri sejak sekian lama dilihat terlalu mesra dengan DAP dan akan menyokong, mendokong serta mancari jalan untuk menyelamatkan tuan mereka.

Nga Kor Ming pula tambah menghasut rakyat secara melampau menggunakan agama apabila mengeluarkan kenyataan kepada wartawan media berbahasa Cina bahawa jika penyatuan PAS dan UMNO berjaya maka negara akan mundur dan ganas seperti Afghanistan ketika di bawah pengawalan Taliban.

Selaku Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dihormati, Kor Ming sendiri wajar menghormati jawatan tersebut dengan tidak membuat sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang mengakibatkan masyarakat terutamanya Ahli Parlimen hilang hormat kepadanya.

MIC dan MCA pula lebih rasional dan mengamalkan sikap setiakawan yang tinggi dengan masih yakin bersama Barisan Nasional kerana mereka tahu kebenaran di sebalik apa yang Pakatan Harapan cuba lakukan, apabila perasaan takut mula melanda mereka melalui penyatuan PAS-UMNO ini.

Seperti biasa, pemimpin-pemimpin Bersatu pula hanya diam menikus walaupun agama sendiri ditohmah nista, kerana terlalu sibuk merencana bagaimana mahu menggagalkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Akibatnya negara diperlakukan DAP dan sekutu mereka dengan sewenang-wenangnya, namun mereka masih duduk tengok sahaja.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts