ISU SIJIL PALSU YANG DIBANGKITKAN DI PARLIMEN

453
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Haji Rashidi Haris

Ketua Media Muafakat

Ketika ditanyakan di dalam sidang Parlimen hari pertama bersidang dan susulan kemudiannya hari berikut kelmarin mengenai skandal sijil palsu yang melibatkan beberapa individu di dalam kerajaan Pakatan Harapan, Perdana Menteri hanya diam seribu bahasa.

Adalah aneh jika isu yang melibatkan integriti pemimpin kerajaan tidak diberi ulasan walaupun sedikit di dalam Parlimen. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa isu integriti adalah merupakan isu yang remeh?

Seperti yang kita sedia maklum isu skandal sijil palsu sudah berlegar dalam kalangan pemimpin masyarakat sejak beberapa tahun lalu, antara yang saya masih ingat termasuk bekas pemimpin kumpulan pendidikan kaum Cina, Dong Zong yang terkenal dengan bukan kerana satu, tetapi dikatakan mempunyai sehingga tiga sijil PhD sebagaimana yang diutarakan oleh YB Wee Ka Siong.

Bahkan kini walaupun beliau bukan lagi menjadi pemimpin utama persatuan Dong Zong, tetapi kini beliau merupakan antara pemimpin utama dalam Pusat Pendidikan Tinggi Dong Jiao Zong yang menguruskan kolej prestij New Era!

Penjawat awam yang sanggup untuk memalsukan kelayakan akademik ini adalah layak dilabelkan sebagai penipu yang sama sekali tidak boleh dipercayai.

Jika berkenaan kelayakan akademikpun boleh ditipu, bagaimana rakyat boleh mempercayai para penipu ini untuk berlaku jujur dalam urusan pentadbiran? Dan bagaimana untuk kita dapat pastikan para penipu ini bersih dari rasuah?

Seruan kerajaan Pakatan Harapan dalam membasmi rasuah dan penyelewengan ternyata seperti “meludah ke langit”, jika dakwaan skandal pemalsuan kelayakan akademikpun tidak dapat mereka atasi.

Di negara-negara maju yang lain, jika ada ahli politik yang terlibat dalam skandal sebegini, sudah pasti mereka akan meletakkan jawatan serta merta, ataupun dipecat. Seharusnya Malaysia juga melakukan perkara yang sama sebab ini soal intergriti dan soal maruah, tambah lagi jika ia mencalit muka seorang Ahli Parlimen.

Pokok pangkal isu adalah berkenaan dengan penipuan, pemalsuan dan penyelewengan. Kerajaan seharusnya memandang serius isu sebegini dan tidak sewajarnya jika isu ini dianggap remeh. Jangan sampai ada pesakit yang mati dibedah oleh doktor sijil palsu, atau rakyat menderita kerana kejahilan menteri sijil palsu memberi arahan yang salah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts