KERAJAAN WAJAR AKUI TRX BAIK UNTUK NEGARA

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Terkini kerajaan akan meneruskan projek Tun Razak Exchange (TRX) setelah mengumumkan pada 23 Mei lepas dalam sidang media di Putrajaya bahawa kerajaan akan mengkaji semula segala projek yang dimulakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain projek TRX, kerajaan juga mengkaji kebolehlaksanaan Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Bandar Malaysia, danLebuhraya Pan Borneo. Tujuannya adalah bagi meneliti keutamaan projek-projek tersebut serta keperluan untuk diteruskan ataupun dibatalkan.

Namun menurut kenyataan terkini Menteri Kewangan iaitu YB Lim Guan Eng, bagi ‘menyelamatkan’ projek TRX tersebut, Putrajaya terpaksa membelanjakan RM2.8 bilion untuk mengelakkan projek tersebut gagal.

Kenyataan tersebut bagaimanapun dibidas oleh bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak yang menuduh Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyebarkan maklumat “separuh benar dan pembohongan” berhubung projek tersebut kerana TRX mampu menjana keuntungan selain mampu mewujudkan sekitar tiga juta peluang pekerjaan di sekitar kawasan tersebut, termasuk membuka 500,000 peluang pekerjaan pada fasa pertama TRX.

Ini kerana menurut Datuk Seri Najib, keputusan kerajaan meneruskan projek TRX tersebut tidak boleh dianggap sebagai langkah ‘menyelamatkan TRX’ jika wang yang akan digunakan bakal menjana keuntungan seperti yang diulas oleh Datuk Seri Najib dalam satu kenyataan pada 21 Jun.

Kita melihat bahawa kerajaan masih berpolitik walaupun selepas hampir dua bulan mengambilalih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional. Sewajarnya kerajaan berterus terang mengenai keupayaan sesuatu projek dan bukannnya dengan beretorik mengatakan terpaksa menyelamatkan TRX namun pada masa yang sama mengakui ia boleh menjana keuntungan.

Pihak kerajaan sewajarnya menghentikan sikap bermain kata-kata sebegini yang seolah-olah seperti hanya ingin menunjukkan bahawa kerajaan terdahulu tidak berupaya dan segala projek-projek mereka tidak mempunyai potensi di masa hadapan.

Cukup-cukuplah berpolitik secara tidak matang sebegini dan sekarang adalah masa untuk fokus dan menunjukkan kecekapan Pakatan Harapan memerintah dengan lebih baik berbanding Barisan Nasional melalui menifesto yang wajib ditunaikan mengikut janji yang telah disepakati bersama.

Bentuk kabinet yang mantap dan fokus dengan agenda membangunkan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts