MELAYU ISLAM DALAM UMNO-PAS BUKAN EKSTREMIS

438
SHARES
2.1k
VIEWS

1. MUAFAKAT amat kecewa dengan kenyataan dangkal dari seorang ahli dari parti DAP dalam Pakatan Harapan; yang mengaitkan tragedi pembunuhan kejam ke atas umat Islam di Christchurch oleh sekumpulan extremist anti-Islam dengan kerjasama antara UMNO dengan PAS.

2. Kenyataan yang dibuat oleh Chew Chong Sin ini sangat merbahaya dan boleh mengundang huru-hara dan rusuhan antara agama kerana beliau sengaja melemparkan kata-kata keji yang langsung tidak menggambarkan etika perpaduan kaum.

3. Ucapannya itu sangat melampau dan tidak bertanggungjawab, dan jelas memperlihatkan sikap ahli DAP yang terang-terangan prejudis terhadap umat Islam dan orang Melayu, sekalipun beliau sedar selama beliau hidup orang Melayu Islam tidak pernah melakukan sikap membabi buta membunuh kaum lain sesuka hati sepertimana yang telah berlaku di Christchurch.

4. ADUN DAP ini celupar mulutnya dan langsung tidak mengambil kira sensitiviti terhadap perasaan umat Islam seluruh dunia dan khususnya Melayu Islam di Malaysia yang menurut laporan ada 2 rakyat Malaysia yang tidak bersalah terlibat sama mendapat kecederaan dalam insiden ini.

5. Pertubuhan MUAFAKAT menuntut supaya ahli DAP; Chew Chong Sin menarik balik kenyataan provokasinya yang melampau itu dan memohon maaf secara terbuka sebagaimana ia membuat kenyataan secara terbuka, kepada seluruh umat Islam atas keceluparan ucapan keji beliau yang boleh mengancam perpaduan kaum dan kestabilan negara yang sedang kita hayati sekarang ini.

6. Jikalau ADUN DAP ini boleh memberi amaran, maka MUAFAKAT ingin memberi nasihat, bukan hanya kepada ahli DAP yang celupar ini tetapi juga kepada mana-mana individu dan kumpulan tertentu supaya menjaga akhlak terutamanya bahayanya bencana lisan dari lidah yang tidak bertulang yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Haji Rashidi Haris

Ketua Media Muafakat

Kenyataan asal sebelum diubah
Kenyataan kemudian yang diubah (kononnya ditarik balik)

Kenyataan Chew yang keterlaluan, biadap dan bersifat menghasut itu boleh dilihat di pautan di bawah;

https://m.malaysiakini.com/news/468117

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts