CHEW CHONG SIN DAN DAP SENGAJA BURUKKAN UMNO-PAS

428
SHARES
2.4k
VIEWS

Tidak mungkin ADUN Mengkibol dari DAP tidak memperhalusi kata-katanya sebelum membuat kenyataan lancang dan biadap kepada media yang mengaitkan kejadian di Christchurch dengan kerjasama UMNO-PAS.

Malah beliau bukan ADUN yang popularpun jika hendak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin DAP yang lebih lancang dari beliau.

Anak buah Liew Chin Tong ini dahulunya ‘orang BERSIH’, menyertai DAP pada 20 Mac 2018, pertama kali menjadi ADUN dan menang, maklumlah ketika itu rakyat dalam ‘mood‘ menolak parti yang terlalu lama memerintah, bukan hanya di Malaysia namun berlaku di seluruh dunia.

Johnson Chew Chong Sin sebelum ini menjadi koordinator BERSIH dan pelopor BERSIH Shanghai, tentunya bukan untuk ‘membersihkan’ pilihan raya di Shanghai tetapi mengkoordinasi bantahan terhadap pilihan raya di Malaysia yang disertai oleh pekerja dan pelajar Malaysia di sana.

Dahulu ramai yang bertindak bodoh seperti ini tetapi apabila sudah menang, mereka sendiri menyalahi dan melanggar peraturan pilihan raya, maka tidak bererti perjuangan sehingga ke Shanghai atau ke mana sekalipun.

Apa logik dan kena mengena dengan kerjasama UMNO-PAS dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch?

Adakah UMNO-PAS sebelum ini menunjukkan tanda-tanda ataupun mengeluarkan kenyataan akan bertindak ekstrim ataupun menjadi pengganas jika Melayu Islam bergabung?

Adakah Chew meninjau Himpunan Membantah ICERD pada 8 Disember lepas dan bandingkan dengan perhimpunan BERSIH yang beliau sertai?

Bukankah terbukti Himpunan Membantah ICERD lebih berjaya dan selamat walaupun jumlahnya berpuluh kali ganda lebih ramai dari BERSIH yang kononnya dibanggakan sangat oleh pihak kerajaan hari ini.

Ini membuktikan seramai manapun orang Islam bersatu, mereka akan menjaga hak orang bukan Islam, sama seperti Barisan Nasional yang di bawahnya juga ada MIC dan MCA, selama ini mereka tidak pernahpun menindas mana-mana kaum.

Maka di manakah bukti atau tanda-tanda keganasan akan terhasil dari kerjasama PAS-UMNO?

Malah kenyataan yang baru sahaja disiarkan oleh Chew di laman Facebook-nya, masih kelihatan beliau cuba menegakkan benang yang basah walaupun telah meminta maaf.

“Tujuan asal kenyataan media saya petang tadi ialah untuk mengingatkan masyarakat akan kepentingan mencegah keganasan pelampau.”

“Saya memohon maaf atas kenyataan saya itu yang mengundang salah faham daripada maksud sebenar yang ingin saya sampaikan.”

Jelas kenyataan di atas menunjukkan beliau masih mempertahankan kenyataannya yang awal dengan mengaitkan pembunuhan ke atas orang Islam yang berlaku di New Zealand itu dengan UMNO-PAS di Malaysia.

Cuma beliau berdalih kononnya masyarakatlah yang tersalah faham dengan maksud yang hendak disampaikan.

Cara beliau sama dengan cara Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan rasis melampau iaitu  dengan berkata kerjasama UMNO-PAS adalah “perang terhadap bukan Melayu”, kemudian diubah dan  berpura-pura meminta maaf.

Nga Kor Ming pula mengaitkan dengan dengan Taliban dan negara akan menjadi ganas, sama seperti Chew yang memberikan gambaran seolah-olah insiden sama akan berlaku di negara ini melalui kerjasama UMNO-PAS.

Tidak mungkin ketiga-tiga perkara ini satu kebetulan, bahkan terlihat seperti satu ‘pattern‘ rancangan kerana DAP takut kehilangan kuasa politik apabila Melayu Islam bergabung.

Maka apabila tiada jalan lain, mereka cuba menakut-nakutkan bangsa Cina mereka sendiri dan berharap sebahagian orang Melayu Islam akan bersimpati dan menyokong mereka.

Memang jahat rancangan DAP ini yang akan membumi-hanguskan negara, memporak-porandakan perpaduan serta keharmonian rakyatnya yang selama ini terbela dan tidak pernah dicabuli oleh sesiapa.

Selepas ini mereka akan berterusan mencari jalan menakut-nakutkan rakyat dengan memperlihatkan kerjasama UMNO-PAS ini sebagai  punca militan dan ancaman terhadap  perpaduan negara, seperti mana rakyat sebelum ini ditipu negara akan  diisytihar darurat jika Barisan Nasional kalah PRU-14.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts