ADUN DAP MENGKIBOL – BEBAL, BIADAP DAN KURANG AJAR!

592
SHARES
1.9k
VIEWS

1. ADUN DAP dari Mengkibol sudah melengkapkan DNA DAP yang kita perkatakan selama ini. Lim Guan Eng baru-baru ini menjemput kemarahan orang Melayu dan umat Islam dengan istilah ‘perang’ dan ‘sasaran’.

2. Nga Kor Ming dan beberapa orang pemimpin DAP menganggap kerjasama UMNO dan PAS memungkinkan Malaysia menjadi negara Taliban! Hari ini, mereka memasuki fasa kebiadapan dan kebebalan yang baru.

3. Mengaitkan kejadian serangan masjid di Christchurch dengan perkembangan politik tanah air; secara khususnya kerjasama UMNO dan PAS adalah keceluparan yang penuh kebebalan. Inilah taraf ADUN DAP. Jangan terperanjat, inilah DNA sebenar DAP!

4. Ketika umat Islam di seluruh dunia bersedih dengan kejadian serangan di New Zealand – itulah ayat hanyir dan busuk yang keluar dari mulut komrad DAP. Mengaitkan UMNO dan PAS, dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan (right wing extremist group) ini idea yang sangat bangsat!

5. YB Mengkibol perlu ingat – jika benar UMNO dan Pas mengambil jalan ekstrim; ianya boleh berlaku sejak lama dahulu. Kerana kami sederhana dan cukup menghargai keharmonian di Malaysia; jalan itu bukan pilihan.

6. YB Mengkibol perlu ingat – jika benar UMNO itu ekstrim; serakah politik DAP ini sudah lama menyembah bumi. Aliran pemikiran seperti parti Saudaralah, pada hakikatnya merosakkan keharmonian dan menganggu-gugat ketenangan warga majoriti.

7. Jangan berani bermain dengan api! Jangan! Permainan perkataan pemimpin DAP sudah semakin mendatangkan luka di hati orang Melayu dan umat Islam. Jangan diperhangat lagi.

8. Saya desak pimpinan tertinggi DAP buat sidang akhbar permohonan maaf segera! ADUN Mengkibol perlu bertanggungjawab. Tarik balik atau tidak bukan isunya. Kebebalan dan kebiadapan itu sudahpun berlaku.

Reezal Merican Naina Merican

Ahli Parlimen Kepala Batas

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts