KISAH PUBG, SICARIO: DAY OF THE SOLDADO, FRASER ANNING DAN CHEW SONG SIN

385
SHARES
2.2k
VIEWS

Di sebalik seluruh dunia mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pelampau berjiwa sadis, Brenton Tarrant, permainan multiplayer online Player Unknown Battleground” atau PUBG menjadi kontroversi.

Ini kerana cara permainannya seperti pembunuh upahan bersenjata, militan atau teroris yang boleh dimainkan secara berkumpulan atau berseorangan.

Persoalannya sejauh manakah pengaruh permainan tersebut terhadap kecenderungan melakukan keganasan dalam masyarakat?

Dalam PUBG kita boleh menaiki kenderaan dan melanggar musuh yang ingin kita hapuskan, sama seperti permainan lain antaranya Grand Theft Auto atau GTA.

Rata-rata banyak permainan online terkini yang ditawarkan melalui platform aplikasi mobil Android dan iOS memaparkan keganasan pembunuhan, peperangan dan gangsterisme.

Filem juga tidak terkecuali, seperti filem sekuel bagi filem Sicario iaitu Sicario: Day of Soldado, yang dibintangi oleh hero utamanya Benecio Del Toro dan Josh Brolin.

Dalam sekuel Day of Soldado ini lebih kepada serangan menyeluruh, strateginya dengan menculik anak kepada ketua kartel dadah, dengan meninggalkan tanda-tanda seperti ia dilakukan oleh kartel dadah yang lain.

Strategi yang sama digunakan oleh CIA untuk menjatuhkan negara Islam di seluruh dunia dengan melaga-lagakan rakyat tempatan sedangkan pencetusnya adalah mereka sendiri.

Apabila tragedi Christchurch berlaku maka satu dunia bersolidariti dan mengutuk serangan tersebut dan tercetusnya ayat, “keganasan tidak mempunyai agama” untuk memberi gambaran sesiapa sahaja berpotensi mengganas ataupun menjadi pengganas dan bukan kerana amalan agamanya.

Apatah lagi jika hendak dikaitkan dengan amalan bermain permainan ‘tembak-tembak’ secara online bersama rakan-rakan ataupun menonton cerita aksi, peperangan, ketenteraan, pemburuan kartel dadah seperti Day of the Soldado ataupun filem-filem aksi yang lain.

Apa yang perlu dikhuatirkan ialah ada pihak ataupun individu yang menggunakan isu serangan di Christchurch tersebut untuk mendapatkan sokongan politik ataupun menambah kecelaruan dengan mewujudkan kebencian berterusan terhadap masyarakat Islam seperti Senator Fraser Anning dari Australia.

Beliau menyalahkan masyarakat Islam dengan berkata kejadian tersebut berlaku kerana “ketakutan yang semakin memuncak terhadap kehadiran masyarakat Islam yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti Australia dan New Zealand”.

Tindakannya mendapat kecaman seluruh dunia termasuk ‘diserang’ dengan telur oleh seorang remaja lelaki bernama William Connoly yang kini terkenal dengan panggilan ‘Egg Boy‘.

Oliver pointed out that the backlash against Anning was swift and widespread but wanted to also single out Egg Boy, William Connolly, 17, for cracking an egg over the senator's head

Tindakan Fraser itu adalah sama dengan tindakan Chew Song Sin dan DAP yang mengambil kesempatan melalui tragedi Christchurch untuk menyalahkan UMNO dan PAS di negara ini yang ingin mewujudkan perpaduan ummah dengan memberi gambaran seolah-olah perkara tersebut akan berulang.

Beliau juga sepatutnya ‘diserang’ dengan telur sama seperti Senator Fraser Anning yang biadap dan celupar serta tidak sensitif dengan tragedi tersebut, malah wajib disiasat kerana mencetuskan keresahan dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Justeru, bukan pemain PUBG atau penggemar filem-filem aksi yang perlu disalahkan tetapi individu seperti Senator Australia dan Chew Song Sin serta DAP (yang sehingga kini tidak mengutuk dan mengecam ‘serangan’ Chew Song Sin), patut dipersalahkan kerana menyemarakkan sentimen kebencian terhadap masyarakat Islam.

Strategi melaga-lagakan rakyat ini sememangnya memberikan kelebihan kepada DAP dengan menaikkan sentimen kemarahan di satu pihak dan di pihak yang lain mereka menyemai ketakutan, agar mudah untuk berlakon sebagai penyelamat di kemudian hari.

Sama seperti peranan CIA di seluruh dunia yang digambarkan dalam filem Sicario: Day of the Soldado.

Inilah realiti Malaysia Baru, individu yang menyemai kebencian tidak dikenakan tindakan sebaliknya mereka yang ingin semua rakyat bersatu di bawah Perlembagaan, dipersalahkan.

Image result for day of soldado poster

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts