Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz
- Kontrak Sosial ini adalah satu teori falsafah dalam ilmu Sosiologi dan dipelopori oleh ahli-ahli falsafah terkemuka dunia seperti Hugo Grotius (1625), Thomas Hobbes (1651), Samuel von Pufendorf (1673), John Locke (1689), Jean-Jacques Rousseau (1762) dan Immanuel Kant (1797).
- Jika dibaca teori sejarah berkaitan Kontrak Sosial ini, ianya adalah berkaitan beberapa konsep tatacara bernegara yang akan dipilih oleh kepimpinan sebelum kewujudan negara itu sendiri.
- Kontrak Sosial ini wujud sebelum Perlembagaan itu dikanunkan untuk mentadbir sesebuah negara.
- Sebahagian prinsip Kontrak Sosial ini akan dikanunkan sebagai undang-undang manakala sebahagian lagi akan menjadi adat dan budaya sesebuah negara yang terpakai dan diamalkan walaupun tidak dikanunkan.
- Kontrak Sosial ini dalam konteks Malaysia adalah bagaimana orang Melayu boleh menerima kaum pendatang dari China dan India sebagai warganegara dan membina negara baru yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (MALAYA).
- Persetujuannya adalah jika kaum pendatang mahu diterima sebagai warganegara, kaum pendatang ini wajib menerima Islam sebagai Agama Persekutuan, Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara, Hak Keistimewaan Orang Melayu diiktiraf dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
- Apabila semua kaum telah bersetuju maka termeterailah Perlembagaan Persekutuan 1957 oleh Suruhanjaya Reid yang memasukkan kesemua elemen tradisi yang menjadi asas Kontrak Sosial berkenaan.
- Adalah menjadi prinsip asas mana-mana Kontrak bahawa kesemua pihak yang bersetuju dengannya adalah mengikat kesemua pihak dan keturunannya sehingga kontrak itu terbatal atau di batalkan.
- Orang Melayu tiada masalah untuk membatalkan Kontrak Sosial yang pernah dipersetujui dahulu.
- Syaratnya, kewarganegaraan yang pernah diberikan dahulu kepada pendatang juga perlu dibatalkan.
(Penulis juga dikenali sebagai Buzze Azam)