ADIB DIBUNUH SEMASA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, ARWAH WAJAR DIANUGERAH PINGAT PANGLIMA GAGAH BERANI (PGB)

489
SHARES
2.4k
VIEWS

Video ini adalah bukti jelas menunjukan bahawa Arwah Adib tidak tersepit di antara trak bomba dengan kenderaan EMRS ketika trak bomba mengundur ke belakang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Tindakan Peguam Negara melindungi pembunuh Adib dengan mewujudkan inkues sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu pengkhianatan kepada seorang Wira Bomba yang mempertaruhkan nyawanya memasuki zon krisis bagi menjalankan tugasnya.

Kerajaan Malaysia sewajarnya menganugerahkan arwah Adib pingat Panglima Gagah Berani di atas keberaniannya.

Tun Dr Mahathir tahu bahawa Adib telah dipukul oleh empat ‘individu istimewa’ yang sudahpun dikenalpasti oleh pihak Polis dan telahpun didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Kesiksaan atas kesalahan ‘cubaan membunuh’ arwah Adib. Adalah tidak masuk akal Peguam Negara menolak permohonan pihak polis untuk menukar pendakwaan ke atas 4 tertuduh kepada seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas kesalahan ‘membunuh’, selepas Adib meninggal dunia.

Tindakan Peguam Negara mewujudkan inkues adalah sangat tidak bertanggungjawab dan tidak munasabah kecuali jika Peguam Negara mahu melindungi keempat-empat tertuduh. Tun Mahathir yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang memukul Arwah Adib berniat untuk membunuhnya, tidak sepatutnya membutakan mata hatinya.

Ini nyawa seorang anak muda Melayu, jika kamu sebagai pemimpin Melayu sanggup melindungi perbuatan Peguam Negara ini, siapa lagi yang akan membela insan ini? DAP dan PKR hanya akan bela Adib sekiranya yang mati adalah pemuda Cina. Lihat sahaja bagaimana mereka membela Teoh Beng Hock.

UMNO dan PAS serta NGO-NGO Islam selaku pembela Islam dan orang Melayu perlu menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran bagi membantah kewujudan ikues yang jelas bertujuan untuk melindungi pembunuh Adib.

Jika ketika Adib masih kritikal, laporan perubatan, keterangan saksi, keterangan tertuduh dan pelbagai prosedur lain yang dijalankan oleh pihak polis telah diterima oleh Peguam Negara untuk meneruskan pendakwaan ‘cubaan membunuh’ oleh 4 ‘individu istimewa’ tersebut, tidak ada sebab selepas Adib meninggal dunia, 4 tertuduh ini boleh dilepaskan.

Oleh Dato’ Lokman Noor Adam

Pengerusi

Sekretariat Suara Rakyat UMNO Malaysia

26 Mac 2019

https://youtu.be/XFxx4PTfl0E

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts