AZHAR HARUN CELUPAR DAN BIADAP – IBRAHIM ALI

838
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA, DATO DR. IBRAHIM ALI

1. Saya menahan perasan marah sudah 3 hari tetapi akhirnya tiada pilihan untuk .memberi respon kerana dihujani oleh anak-anak Kelantan yang mendesak saya supaya turut menyuarakan kecaman terhadap Azhar Harun, Pengerusi SPR yang menuduh rakyat kelantan yang berada di luar Kelantan sebagai kaki kelab dan ianya merupakan satu penghinaan.

2. Sememangnya sebagai anak jati Kelantan saya mengecam keras atas keceluparan dan kebiadaban Azhar Harun atas tuduhan yang jelas menghina rakyat Kelantan. Tuduhannya secara umun seolah-olah semua rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan adalah kaki kelab. Kaki kelab boleh membawa berbagai persepsi saperti kaki arak, kaki maksiat dan kaki karaoke. Seolah-olah golongan yang tidak bermoral dan tidak berakhlak. Sungguh biadap.

3. Kalau disebut kaki kelab, ada segelintir manusia yang merentasi sempadan dan kaum, memang suka ke kelab mungkin termasuk Tuan Azhar Harun sendiri. Budaya ini adalah budaya golongan yang mendokong cara hidup liberalisme di mana ada individu yg tidak menghayati cara hidup Islam. Semua pihak tahu gaya hidup Azhar Harun dan keluarganya. Kata dulang paku serpih, kata orang kita yang lebih.

4. Azhar Harun orang berpendidikan dan pengamal undang-undang dan kini Pengerusi SPR. Kata-kata tuduhannya kepada rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan mencerminkan betapa rendah nilai budi pekertinya dan tidak menggambarkan seorang intelektual tapi diseliputi ego.

5. Saya tidak mendesak beliau menarik balik tuduhannya atau meminta maaf tetapi wajar anak-anak Kelantan yang berada di luar Kelantan supaya ambil ingatan dan merekodkan penghinaan Azhar Harun yang tidak sopan ini.

Yang benar,

Dato Dr Ibrahim Ali

(Anak Jati Kelantan)

27 Mac 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts