KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT MENGENAI ASET TABUNG HAJI

366
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT

ASET TABUNG HAJI – DI MANA MAQASID HIFZUL MAAL JIKA PERANAN DISERAH KEPADA BUKAN ISLAM

Dewan Pemuda PAS Hulu Langat (DPPHL) merasa gusar apabila Menteri Agama YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini telah mengumumkan penjualan aset-aset Tabung Haji kepada sebuah SPV yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang kita tahu Menterinya bukan Islam.

Kegusaran kami sebelum ini kini menjadi kecewa dan hampa apabila YB Dr Mujahid akhirnya mengakui bahawa aset-aset Tabung Haji bernilai RM19.9 Billion tersebut telah dijual dan dipindahkan daripada Tabung Haji kepada sebuah SPV yang diurus sepenuhnya oleh syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd dikendalikan sepenuhnya oleh sebuah syarikat milik Menteri Kewangan yang Diperbadankan, iaitu Prokhas Sdn Bhd.

Jesteru segala kekecewaan itu kini menjadi sangsi, apabila persoalan berikut bermain di minda rakyat:

1. Apakah benar langkah Penstrukturan korporat Tabung Haji melalui penjualan aset-aset kepada Syarikat SPV tersebut telah dibuat secara telus dan patuh Syariah?.

2. Apakah benar tiada langsung tokoh-tokoh Islam atau ahli koperat Islam dalam Tabung Haji sendiri yang berkelayakan menguruskan harta Tabung Haji?.

3. Apakah jaminan Menteri terhadap aset-aset bernilai ini yang sini dimililiki oleh umat Islam melalui institusi Tabung Haji ini tidak dikhianati dan jatuh ke tangan orang lain?.

Terlalu banyak kesangsian dan kerahsiaan dalam transaksi yang melibatkan aset-aset umat Islam kebelakangan ini dan DPPHL percaya dalam menepati Maqasid Hifzul Maal maka menjadi keperluan wajib pengurusan aset berkaitan ibadah haji umat Islam ini diketuai oleh seorang teknokrat Muslim agar kita dapat memastikan segala perolehan hasil institusi Islam ini adalah menepati kehendak dan matlamat syarak daripada sekecil-kecil perkara.

Penglibatan Tabung Haji dalam pelbagai sektor pelaburan dan ekonomi adalah demi kelangsungan penglibatan umat Islam secara berkumpulan dalam pembangunan ekonomi negara ini. Seharusnya YB Menteri Agama adalah orang Islam pertama yang meletakkan kepercayaan yang tinggi ke atas kemampuan Tabung Haji dalam mewujudkan Syarikat SPV di bawah seliaan sendiri, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh syarikat-syarikat kewangan dalam negara ini yang pernah mewujudkan syarikat SPV mereka sendiri dalam menguruskan aset “Non Performing Loan or Financing” (NPL/F) atau hutang tidak berbayar mereka.

DPPHL sekali lagi melahirkan rasa kecewa terhadap YB Menteri Agama dan seterusnya menggesa dan menuntut tindakan dari YB Dr Mujahid agar segera perbaiki keadaan ini dengan memahami dan mengambil kembali semangat kewujudan Akta Tabung Haji 1995 dalam menegaskan keperluan teknokrat Islam bagi mengemudi institusi tersebut, seterusnya memelihara langkah pematuhan Syariah dalam menjaga Maqasid Hifdzul-Maal.

#IslamMemimpin

#TerusMara

#isbiruu

ZURK AHMAD

KETUA PEMUDA PAS HULU LANGAT

28 Mac 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts