APA PERANAN CEP SEBENARNYA?

237
SHARES
698
VIEWS

Apakah yang ingin disorok oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan sehinggakan segala laporan yang disediakan oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) selama ini ingin dirahsiakan?

Banyak pihak menempelak tindakan kerajaan Pakatan Harapan terutamanya ketelusan Perdana Menteri sendiri dalam hal ini kerana beliau sering melaungkan ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional namun diri sendiri enggan bersikap telus.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menerusi laman Twitter-nya menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan sebagai ‘gila’ kerana enggan mendedahkan secara umum laporan yang disediakan oleh CEP.

“Kita sepatutnya membaca dan membincangkan perkara ini tetapi kerajaan PH pula mengklasi­fikasikan laporan CEP di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 baru-baru ini.”

“Kerajaan PH mesti GILA kerana mereka sepatutnya telus untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.”

“Kerahsiaan kerajaan sepatutnya terhad kepada perkara keselamatan yang penting sahaja.”

“Jika pandangan enam ahli CEP mengenai pentadbiran dan ekonomi pun dianggap rahsia maka kita sudah tidak mempunyai harapan.”

Justeru apakah peranan sebenar CEP yang begitu ingin dirahsiakan laporannya?

Adakah niat pembongkaran kesalahan kerajaan terdahulu sebaliknya membongkarkan pelbagai perkara yang mengaitkan diri Tun Mahathir dan anggota CEP sendiri?

Atau peranan CEP sebenarnya bukan membongkarkan perkara tersebut tetapi mempunyai misi besar yang lain iaitu memastikan pengekalan kuasa dan pelaburan peribadi individu tertentu berjaya dilaksanakan selama mana mereka masih di sana?

Sebelum ini rakyat menyangkakan tujuan CEP yang ditubuhkan pada 12 Mei 2018 adalah bagi membantu menasihat Tun Mahathir berkaitan ekonomi dan kewangan negara tetapi kini seolah-olah peranannya berbeza dari yang disangkakan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohamed Hanipa Maidin berkata laporan CEP kekal di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana ia mengandungi maklumat sulit tanpa memperincikan jenis maklumat yang diklasifikasikan sulit tersebut.

Salah seorang ahli CEP iaitu Jomo Kwame Sundaram pula dipetik berkata, laporan itu tidak wajar didedahkan kepada umum kerana ia mengandungi maklumat sensitif yang boleh disalahgunakan.

Kenyataannya itu konsisten dengan dengan kenyataan pada 27 Ogos lepas tetapi pada 9 Disember, Jomo berkata ia boleh didedahkan namun perlu ditapis terlebih dahulu.

Persoalannya, apa yang begitu rahsia sehingga terpaksa diklasifikasikan di bawah OSA dan apakah peranan CEP sebenarnya kerana janji penubuhannya hanya untuk 100 hari sudahpun lama berlalu?

Semakin disorok kerajaan, rakyat pula semakin ingin tahu.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts