Baru tadi Perdana Menteri Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa Malaysia akan menarik diri daripada perjanjian Statut Rom yang telah ditandatangani sebelum ini.
Walaupun ini adalah satu lagi u-turn daripada Kerajaan PH, namun ia adalah satu u-turn yang boleh diterima.
U-turn ini dibuat setelah pelbagai tekanan diberikan oleh pihak pembangkang, di mana saya juga tidak setuju dengan tindakan kerajaan menandatangani perjanjian Statut Rom sebelum ini.
U-turn dan menarik diri setelah menandatangani Statut Rom ini adalah sesuatu yang amat memalukan kerajaan dan negara.
Kerana sepatutnya pihak Kerajaan PH bertindak lebih berhati-hati dan lebih bijak dan tidak menandatangani perjanjian ini dari awalpun, sebab ianya memberi kesan kepada Institusi Raja-raja Melayu, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan Undang-undang.
Kepada Kerajaan PH, Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri, jangan buat perkara mengarut seperti ini lagi.
ISHAM JALIL
Presiden Sukarelawan Malaysia
5 April 2019
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/437112490377614?sfns=mo