PUAD SIFATKAN PROKLAMASI ORANG MELAYU HANYA GIMIK POLITIK, SANDIWARA

335
SHARES
2k
VIEWS

Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan Proklamasi Orang Melayu (POM) hanya sebagai gimik politik antara Tun Mahathir Mohamad dan parti PAS. Ini kerana menurutnya, kalau diikuti ‘track record‘ sama ada PAS atau Tun Mahathir, kedua-duanya tidak boleh dipercayai.

PAS pernah memeterai Proklamasi Muafakat Nasional bersama UMNO. Air mata membasahi Dewan Merdeka. Tetapi selepas itu PAS khianati UMNO kerana menyertai PN.

Beliau juga berkata bahawa Bersatu juga menolak kerjasama dengan Tun Mahathir, maka sokongan beberapa pemimpin Bersatu secara individu tidak menampakkan kesepakatan.

Puad menyindir, “Persoalannya adakah PAS buta? Sepatutnya PAS tidak lupa Tun Mahathir menyokong ratifikasi ICERD dan Statut Rom. UMNO dan PAS terpaksa bergabung menghalangnya“, di mana insiden ini juga menyebabkan Majlis Raja-Raja murka dan bermesyuarat serta menjadi titik hitam dalam negara. Malah Tun Mahathir sendiri marah apabila ia tidak berjaya diteruskan. 

Cukuplah sandiwara politik itu. Apatah lagi Tun Mahathir tidak memimpin mana-mana parti politik. Proklamasi itu hanya provokasi untuk ganggu kelancaran Kerajaan Perpaduan“, katanya di laman Facebook beliau hari ini.

Sebagai rekod, apabila ICERD mahu diratifikasikan, gabungan NGO-Islam, beberapa parti politik seperti UMNO dan PAS terpaksa bergabung menghalangnya dengan turun ke jalanan membantah. Rentetan peristiwa hitam dalam sejarah negara yang dilakukan oleh Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun Mahathir ketika itu, melahirkan Proklamasi Muafakat Nasional antara dua parti Melayu Islam terbesar negara, iaitu UMNO dan PAS.

Kemudiannya, PAS mengkhianatinya untuk bersama Perikatan Nasional yang menawarkan dua ‘ta’ iaitu harta dan takhta (kuasa). 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts