Perkara ini dikecam oleh Raja-raja Melayu antaranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah bahawa tindakan kerajaan menandatangani Statut Rom dan meratifikasi ICERD adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Menurut baginda, tindakan tersebut menyentuh kuasa Raja-raja, keistimewaan orang Melayu dan kemuliaan agama Islam di negara ini.