PELETAKAN JAWATAN MENTERI BESAR JOHOR – PETANDA BURUK UNTUK PAKATAN HARAPAN

438
SHARES
2.5k
VIEWS

Menteri Besar Johor diberita meletakkan jawatan pada Isnin lalu, setelah memegang jawatan tersebut selama 11 bulan, menjadikan Osman Sapian sebagai Menteri Besar terpendek dalam sejarah negeri Johor.

Khabar beritanya, ini bukan peletakan jawatan tetapi pemecatan. Surat peletakan jawatan dikhabar beritakan telah disediakan ketika pertemuan antara Osman Sapian dengan Dr. Mahathir.

Kini, timbul isu siapa pengganti Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor?

Sehari dua ini, peperangan mulut antara Tuanku Mahkota Johor (TMJ) dengan Dr. Mahathir semakin menjadi jadi.

Terkini, Sultan Johor bertitah;

Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah.

Jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini. Negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.

Dr. Mahathir sebelum itu mengeluarkan kenyataan;

Tiada siapa berada di atas undang-undang termasuk TMJ.

Sekiranya TMJ mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan, dia boleh diambil tindakan undang-undang.

TMJ pula menjawab kata-kata Dr. Mahathir ;

Sekiranya saya dipersalah mempertahankan Perlembagaan, Institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam – dipersilakan ambil tindakan.

Saya juga seperti rakyat biasa yang lain, berhak bertanya dan memberi pendapat.

Semalam pada 10 April, Dr. Mahathir membalas kenyataan daripada Sultan Johor dengan berkata;

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan bukannya Sistem Raja Mutlak (Absolute Monarchy).

Sekiranya kita mempercayai bahawa Perdana Menteri dan Menteri Besar adalah dipilih oleh Yang DiPertuan Agong dan Sultan, bermakna negara kita bukan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Rakyat memilih satu-satu parti itu untuk memerintah negeri tersebut. Parti berkenaan berhak untuk memilih Menteri Besar yang difikirkan layak.

Sekiranya, hak parti yang menang Pilihan raya Umum memilih Menteri Besar dihapuskan. Maka, kita tidak perlu mengadakan Pilihan raya Umum lagi.

ULASAN.

Sesungguhnya Dr. Mahathir merupakan seorang ahli yang amat mahir di dalam bidang politik.

Saban kali, dia akan berada di tengah-tengah kontroversi kerana sememangnya dia kaki gaduh dan suka kepada konfrontasi.

Kalau dahulu, ketika menjadi PM ke 4, Dr. Mahathir bergaduh dengan Raja-Raja Melayu – ISU KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU.

Kini isu yang timbul adalah mengenai SIAPA BERHAK MELANTIK MENTERI BESAR JOHOR YANG BARU.

Di dalam Perlembagaan, jelas menunjukkan bahawa Sultan Johor mempunyai hak untuk memilih siapa yang Baginda fikirkan layak untuk menjadi Menteri Besar Johor.

Walau bagaimanapun, secara konvensionnya, pemilihan Menteri Besar ini dibuat atas nasihat Ketua Parti yang memenangi Pilihan raya Umum Negeri.

Kemelut ini sekiranya berlarutan, berkemungkinan akan membawa kepada satu krisis di negeri Johor dan pertembungan antara Sultan Johor/ TMJ dengan Dr. Mahathir (PM).

Masalahnya, keadaan semakin tegang dan semakin kalut.

Sudah tiada segan silu, apabila Perdana Menteri secara terang mengkritik TMJ.

Manakala, TMJ pula secara terang-terang mengkritik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan Sultan Johor pun, secara sindiran telah dikritik oleh Perdana Menteri.

Rakyat memerhatikan episod ini.

Rakyat merasa mual dan jelek melihat Kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Dr. Mahathir :

Sudah tidak lagi menghormati Institusi Raja-Raja Melayu,

Sudah tidak lagi menghormati KeDaulatan Raja-Raja Melayu,

Sudah tidak lagi mengamalkan kaedah berbincang secara tertutup, dan

Mengkritik Sultan pemerintah sesebuah negeri itu secara terbuka, tanpa menjaga hati rakyat Negeri Johor,

Dengan cara ini, akan terus memecah-belahkan perpaduan rakyat negeri Johor kepada dua pihak.

Di satu pihak, rakyat yang menyokong Sultan Johor.

Manakala di satu pihak, rakyat yang tidak mahukan Sistem Beraja lagi dan mahu menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Sesungguhnya, negara berada di persimpangan jalan.

DAULAT TUANKU.

Salam.

DSBA

11 April 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts