PRK RANTAU: JENTERA BN DI LANDASAN TEPAT, FOKUS DAN KEKALKAN MOMENTUM

366
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

PKR semakin tertekan menjelang hari pengundian esok. Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, kempen PKR didominasi oleh Anwar hinggakan masyarakat tertanya-tanya, siapakah calon sebenarnya? Anwar atau Dr. Streram?

Anwar yang berceramah, Anwar yang memberi tazkirah. Anwar yang memimpin ‘walkabout‘. Anwar yang menggerakkan jentera parti. Anwar yang mempengerusikan mesyuarat, dan yang paling menarik, Anwar juga yang menari tarian India demi undi (calon sendiri tidak ghairah menari tarian India).

Anwar pula semakin ‘ditimpa’ perasaan sehari dua ini. Konon tidak akan melupakan Rantau apabila menjadi Perdana Menteri kelak. Di Port Dickson kini sudah ada rungutan kelibat Anwar sebagai Ahli Parlimen sukar dilihat kebelakangan ini. Anwar banyak menghantar wakil sahaja ke program-program parti. Itupun ada hati nak jaga DUN Rantau.

Kempen PKR di Rantau seperti hilang fokus! Mungkin kerana masyarakat Rantau tidak lagi mempercayai kempen Anwar dan Streram yang banyak menabur janji manis. Masyarakat Rantau tidak pernah lupa banyak lagi janji-janji PH yang tidak ditunai walaupun kini mempunyai kuasa berbuat demikian.

PKR juga dilihat sendirian mengemudi kempen di Rantau. DAP dilihat membantu kempen ceramah berskala besar dan seperti ‘tidak mahu dilihat’ di kawasan-kawasan Melayu’. Takut kehilangan undi Melayu barangkali. PAN yang dipertanggungjawabkan membantu PKR di kawasan Melayu masih gagal menarik sokongan. PPBM? Parti ini hanya bersifat ‘menunjukkan muka’ sahaja sepanjang kempen PRK Rantau.

Sebaliknya, jentera BN dilihat mantap serta komited sepanjang tempoh kempen ini. MKT, Pemuda, Wanita dan Puteri bekerja kuat memastikan Pemangku Presiden UMNO yang bertanding di Rantau. MCA dan MIC juga membantu walaupun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dalam gerak kerja kempen mereka.

Paling membanggakan, PAS terus mengotakan janji mereka membantu BN mencapai kemenangan. Jentera PAS di peringkat pusat, negeri dan daerah sangat komited membantu UMNO di Rantau. Patutlah kerjasama UMNO-PAS menjadi mimpi ngeri buat Pakatan Harapan.

Berbaki beberapa jam lagi menjelang hari pengundian di Rantau, jentera BN berada di landasan tepat. Jangka waktu ini adalah kritikal kerana PH boleh berbuat apa saja yang boleh memesongkan tumpuan jentera BN.

Oleh itu, buat semua jentera BN, kekalkan momentum, fokus, fokus dan fokus sehingga beroleh kejayaan esok malam InsyaAllah…..

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts