Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Saya menyanggah pendapat Prof. Shad Faruqi ini.
Tidak betul sepenuhnya teori yang beliau katakan ini.
Bukan hanya merujuk situasi di Johor sahaja. Keadaan yang sama pernah berlaku di Terengganu, Perak, Selangor dan Perlis apabila calon Menteri Besar yang dicadangkan oleh Parti Pemerintah tidak mendapat perkenan Tuanku untuk UPACARA mengangkat sumpah jawatan berkenaan.
Menteri Besar akan bekerja mengikut Perlembagaan Negeri yang diketuaiĀ oleh Sultan.
Sebab itulah politik ini seni berunding, bukan seni menunjuk siapa lebih berkuasa.
Sultan bukan boneka yang hanya menjadi rubberstamp sahaja.
Jadi Menteri Besar ini mestilah seorang ADUN yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan yang boleh bekerja rapat dengan PM dan Sultan.
Bukan hanya di Johor, di semua 9 Negeri Beraja semuanya sama.
Orang yang menentang kuasa Sultan Johor sekarang adalah orang yang sama melawan Sultan Selangor yang menolak Wan Azizah menjadi MB Selangor melalui Langkah Kajang dahulu.
Anda boleh Google sahaja kes tersebut.
(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)
Pautan ke artikel yang ditulis oleh Prof. Shad Saleem Faruqi yang bertajuk MB BUKAN PILIHAN MUTLAK SULTAN adalah seperti di bawah;
https://www.bhplus.com.my/kolumnis/2019/04/552002/mb-bukan-pilihan-mutlak-sultan