LIM, KAMI TIDAK RASIS…ANDA?

343
SHARES
2k
VIEWS

Kenyataan balas YB Lim Guan Eng bahawa pihak yang menyelar beliau menggunakan bahasa Mandarin adalah sebagai rasis, tidak wajar dilontarkan oleh beliau yang telahpun dilantik sebagai Menteri Kewangan dan mengangkat sumpah pada 22 Mei yang lalu.

Sekiranya beliau lakukan bukan atas kapasiti Menteri Kewangan ataupun kenyataan tersebut bukan kenyataan rasmi kementerian maka tidak ada salahnya namun sekiranya kenyataan rasmi Kementerian Kewangan maka wajiblah ia dilakukan dalam bahasa Melayu sahaja.

Secara logiknya ini kerana seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum memahami bahasa Melayu tidak kira tua ataupun muda, sama ada di bandar ataupun di desa. Melayu, India, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Penan ataupun Sakai semuanya memahami Bahasa Melayu dengan baik, termasuklah kaum Cina.

Namun sekiranya Bahasa Inggeris digunakan, hanya sebahagian yang memahaminya bahkan graduan Melayu yang belajar di universitipun belum tentu dapat memahaminya dengan baik apatah lagi mereka yang duduk di luar bandar, sebahagian faham dan ada sebahagian lagi tidak faham.

Jika bahasa Mandarin pula digunakan, adakah Melayu, India, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Penan ataupun Sakai semuanya memahami bahasa Mandarin dengan baik? Bahkan tidak semua kaum Cina di Malaysia yang memahami dialek Mandarin, ada juga yang pertuturan sehariannya menggunakan bahasa Kantonis terutama yang bersekolah kebangsaan.

Bagaimana dengan kementerian lain yang tidak menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin seperti beliau maka akan kelihatan tidak seragam di antara kementerian.

Menteri perlu mengikut keperluan rakyat bukannya rakyat perlu mengikut keperluan Menteri. Jika beginilah sikap Lim Guan Eng di masa hadapan, kita harapkan mendapat teguran daripada YAB Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad walaupun beliau berpendapat ini adalah perkara kecil dan tidak perlu dipanjangkan.

Kerana itulah kita mengharapkan agar cepat-cepatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Majlis Penasihat Kerajaan sementara menunggu beliau sedia menjawat jawatan nombor satu negara menggantikan Tun Mahathir kelak kerana kita tahu Datuk Seri Anwar akan bertegas dalam soal bahasa kebangsaan ini.

Perkara kecil jangan selalu diremehkan kelak ia akan membesar  menjadi tidak terkawal.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts