KEWAJARAN KELAB PESARA KANAN ‘BUANG UMNO’

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia telah dijenamakan semula dengan membuang perkataan ‘UMNO’ menjadikan hanya sebagai Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia sahaja.

Ini selari dengan pendirian kelab ini untuk menyokong kerajaan semasa di mana pendirian ini diputuskan dalam Mesyuarat Agung yang diadakan kelmarin, seperti yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah kepada media.

Walaupun terdapat kecaman mengenai pendirian u-turn yang dibuat oleh kelab ini namun jika dilihat secara menyeluruh, sebenarnya hasrat dan pendirian mereka disambut baik dan diterima sebagai penanda aras bagi seluruh kelab, persatuan, NGO untuk menyokong kerajaan semasa.

Jika sebelum ini Barisan Nasional disokong atas kapasiti kerajaan semasa maka sewajarnya Pakatan Harapan kini disokong oleh seluruh rakyat Malaysia demi membangunkan sebuah negara yang lebih baik dan berkemampuan untuk membela rakyatnya.

Namun sekiranya sebelum ini Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia lebih kepada sokongan berteraskan parti maka tentunya pendirian baharu ini tidak relevan dan boleh diselar sebagai membuat u-turn dan pengkhianatan.

Masyarakat boleh menilai kelak namun ketika ini adalah lebih baik kita tidak menaruh prasangka dan menyambut baik perubahan demi kebaikan ini. Kita juga mengharapkan mereka kekal kritis dan seimbang, bukannya menyokong membuta tuli apa jua pendirian dan keputusan kerajaan kelak.

‘Check and balance’ perlu diteruskan oleh semua rakyat Malaysia tidak kita melalui persatuan ataupun badan tertentu mahupun secara individu kerana kita tidak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat Barisan Nasional untuk menjadi pembangkang yang baik dalam sesetahun dua ini.

Seperti juga pihak kerajaan Pakatan Harapan, kita selaku rakyat Malaysia wajar memberi ruang dan peluang mereka untuk menjadi kerajaan yang baik dan stabil demi untuk kepentingan rakyat.

Kritis tidak semestinya membangkang. Setiap warga Malaysia layak dan wajar bersikap kritis namun jangan keterlaluan sehingga menghina.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts