SUDAHLAH TU MENYALAKNYA KHAIRY

481
SHARES
2.8k
VIEWS

Ketika Khairy Jamaluddin sibuk dengan program FIT dan berlakon yang hanya melonjakkan dirinya sendiri, jentera pembangkang ketika itu agresif mendekati pengundi muda dengan pelbagai cara. Walaupun kebanyakannya adalah berbentuk janji, namun ia berjaya akhirnya menyaksikan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU-14.

Rakan sejawatannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman juga menyarankan Khairy Jamaluddin yang lebih mesra disapa sebagai KJ agar bertanding jawatan Presiden UMNO sebagai mengambil tanggungjawab penuh kekalahan BN yang gagal meraih sokongan pengundi muda dan tujuan bertanding adalah untuk menghantar mesej jelas beliau boleh mendapatkan semula sokongan pengundi termasuk anak muda.

Selain itu, KJ juga dilihat gagal memberitahu pucuk pimpinan sebelum PRU-14 mengenai realiti penolakan rakyat terhadap kerajaan yang membawa kepada kejatuhan Barisan Nasional. Kegagalan memberitahu pucuk pimpinan lebih awal seperti yang diakui beliau sendiri ini memudaratkan UMNO akhirnya.

Apakah motif KJ memilih untuk menyalak selepas PRU-14 berbanding sepatutnya beliau terus melaporkan kepada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri sekiranya mempunyai data dan kajian yang berguna untuk membantu UMNO membuat sesuatu bagi meraih keyakinan rakyat kepada UMNO. Atau setidak-tidaknya Presiden UMNO sedia maklum walaupun tidak bertindak atas dapatan kajian atau data KJ tersebut.

Selaku seorang Menteri tentunya beliau tidak mempunyai masalah dan mempunyai akses terus kepada Perdana Menteri demi untuk menerangkan data yang beliau ada sebaliknya beliau mendiamkan diri.

Justeru tindakan kurang cerdik KJ ini walaupun bukanlah tindakan mengkhianati UMNO, namun boleh kita simpulkan sebagai kelemahan utama beliau sebagai seorang pemimpin kerana kegagalan beliau bagi menilai perkara mana yang menjadi keutamaan dan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Bahkan lebih memalukan apabila hanya dimaklumkan oleh beliau kepada media selepas kejatuhan Barisan Nasional adalah seumpama memijak seorang rakan yang telah jatuh. Beliau juga seperti ingin terus berlari berbanding sepatutnya belajar jalan terlebih dahulu dalam politik.

Adakah ini kriteria pemimpin yang UMNO mahukan?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts