RELEVANKAH MAJLIS PENASIHAT AGAMA?

109
SHARES
344
VIEWS

Cadangan agar sebuah Majlis Penasihat Agama ditubuhkan yang antara lain bertujuan menambahbaik kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menangani isu-isu berkaitan agama Islam di negara ini.

Cadangan itu perlu dipertimbangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan berikutan langkah itu selaras dengan proses reformasi yang ingin dilakukan. Malah penubuhan majlis tersebut juga dapat memperbaiki kedudukan Jakim agar terus kekal relevan.

Namun persoalannya bukanlah mengenai Jakim tetapi mengenai keperluan bagi menubuhkan satu lagi Majlis Penasihat. Apakah benar setiap kementerian, setiap institusi memerlukan satu kumpulan pemikir yang digelar Malis Penasihat yang peranannya kelak adalah untuk menasihati kementerian ataupun institusi tersebut?

Tidak cukupkah Menteri yang bertanggungjawab yang akan dilantik kelak bermesyuarat dengan Mufti-mufti dari setiap negeri untuk mendapatkan pandangan, termasuk Ketua Pengarah Jakim dan pegawai-pegawai kanan serta Majlis Agama Islam Negeri bagi menasihati beliau untuk urusan berkaitan agama termasuk memperkasa Jakim dan lain-lain institusi di bawah selian Menteri Agama?

Maka apakah institusi lain pula seperti Tabung Haji, Majlis Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah dan lain-lain memerlukan Majlis Penasihat juga? Cukuplah dengan seorang Menteri Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibantu oleh timbalannya untuk mendapatkan maklumbalas untuk menambahbaik Jakim dan juga institusi lain terutamanya Tabung Haji yang selalu terpalit dengan kontroversi.

Manakala jika terdapat keperluan untuk mendapatkan maklumbalas daripada mereka yang berada di luar daripada kerajaan, sebagai contoh ahli akademik ataupun pemikir Islam dari universiti, Menteri bertanggungjawab boleh bermesyuarat untuk mendapatkan maklumbalas yang diperlukan.

Sebelum ini kerajaan telahpun mewujudkan Majlis Penasihat Kerajaan serta Majlis Penasihat Pertanian Negara dan terkini institusi agama juga perlukan kepada Majlis Penasihat. Adakah ini adalah benar-benar satu keperluan ataupun ‘trend’ kerajaan Pakatan Harapan yang ingin kelihatan berbeza dari kerajaan sebelum ini?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts