KONTRAKTOR BUMIPUTERA IBARAT ”HIDUP SEGAN MATI TIDAK MAHU” APABILA KERAJAAN MEMBUAT ‘TENDER TERBUKA’

387
SHARES
1.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA BIRO EKONOMI PERKASA MALAYSIA

17 April 2019

Barangkali ungkapan tersebut yang menjadi kenyataan akan menjadi salah satu ‘mimpi ngeri’ di kalangan kontraktor Bumiputera yang masih menapak mencari peluang di bumi Malaysia.

Mimpi ngeri di mana perniagaan yang dijalankan dikehendaki bersaing di kalangan kontraktor-kontraktor bukan Bumiputera yang mereka sendiri tahu ‘bukan calang-calang’ di dalam perniagaan kontrak pembinaan dalam negara.

2. TENDER TERBUKA SALAH SATU MENUTUP BANTUAN KERAJAAN SECARA ‘SENYAP-SENYAP’ KEPADA BUMIPUTERA

2.1 Mengapa ini berlaku tanpa melakukan rundingan di kalangan NGO kontraktor Bumiputera, adakah ini salah satu tindakan kerajaan di mana Kementerian Kewangan dipegang oleh DAP yang hanya menggunakan alasan kesemarataan di kalangan rakyat Malaysia.

2.2 Ini satu tindakan mengecewakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, yang tidak mengambil peduli hak rakyat di mana rata-rata masih berada di bawah kelas B40.

Kerajaan perlu ingat jika ingin menaikkan taraf Bumiputera, kerajaan harus melihat kepada peningkatan ekonomi mereka dan salah satu cabangnya ialah dengan membuka peluang perniagaan kepada golongan ini.

2.3 Berdasarkan rekod, kedudukan ekonomi Bumiputera masih lagi jauh ke belakang terutama sekali kepada golongan usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan kontraktor kerana mereka masih lagi bekerja mencari peluang daripada kerajaan.

Pihak kerajaan perlu bertanggungjawab menyediakan peluang perniagaan kepada kontraktor Bumiputera ini kerana golongan ini juga sebagai pemangkin ekonomi negara

3. TINDAKAN MENGENEPI KONTRAKTOR BUMIPUTERA ATAS DASAR ‘KESEMARATAAN’ SECARA TIDAK LANGSUNG MENIDAKKAN HAK KEISTIMEWAAN KAUM BUMIPUTERA

3.1 Suka saya ingin ulangi di mana sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153 (6) bahawa hak keistimewaan Bumiputera,  mengendalikan apa apa pertukangan dengan menyediakan permit kepada mereka dan dipertanggungjawabkan memastikan perizaban apa-apa permit kepada orang Melayu dan Bumiputera.

3.2 Ini bermakna golongan usahawan dalam kalangan kontraktor Bumiputera mempunyak hak ke atas permit dan lesen Bumiputera serta mendapat hak di bawah projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

3.3 Oleh itu kerajaan janganlah menidakkan hak keistimewaan dengan alasan dasar kesemarataan ini kerana kaum Bumiputera masih perlu dibantu, malah hak ini sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Kerajan tidak perlu menafikan hak mereka dengan memainkan isu di mana kami digolongkan dalam golongan ‘pemalas’ untuk mencari projek dengan mudah.

4. ADAKAH TINDAKAN TENDER TERBUKA ‘ECRL’ AKAN MENGUJI DAYA SAING KONTRAKTOR BUMIPUTERA DENGAN KONTRAKTOR ASING?

4.1 Golongan kontraktor adalah golongan yang banyak menyumbang kepada sektor ekonomi kerajaan pada masa ini, lebih 60% daripada 40,000 kontraktor Bumiputera kelas G1 hingga G7 didapati tidak aktif sebab kekurangan projek.

Dalam keadaan ekonomi ketika ini,  kontraktor yang paling terjejas adalah mereka yang berada dalam kelas G1 (kelas F), dianggarkan lebih 24,000 kontraktor mengalami pelbagai masalah dari segi mendapatkan projek.

Akibatnya mereka akan mengalami masalah ‘cash flow‘ untuk meneruskan perniagaan.

Oleh itu kami dari BIRO EKONOMI PERKASA meminta pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini dan janganlah mengambil sikap hanya berpeluk tubuh.

4.2 Dari segi daya saing di antara kontraktor tempatan, kontraktor Bumiputera adalah lebih berpengalaman dan kerajaan dahulu sudah melahirkan pakar-pakar dalam bidang pembinaan yang telah mereka ceburi sejak sekian lama.

Tindakan membuka kepada kontraktor luar menampakkan ada ‘double standard’ dan ini akan membuatkan kontraktor tempatan ‘berkubur’ di atas polisi kesemarataan di bawah kerajaan baharu.

Disediakan oleh:

DR MOHAMMAD NIZAM BIN BAHAROM
Pengurusi Biro Ekonomi PERKASA

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts