SPRM: BIAR TELUS DAN JANGAN DISEMBUNYIKAN (COVER UP)

2.8k
SHARES
4.7k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

21 April 2019

Sudah pasti SPRM terkejut kerana kertas siasatan kes rasuah terowong bawah laut Pulau Pinang dibocorkan. Sebelum ini SPRM pernah ‘terkejut beruk’ kerana Peguam Negara menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng setelah dilantik sebagai Menteri Kewayangan.

Setelah dibocorkan, apa tindakan SPRM terutama terhadap kandungannya. Apakah “cover up” (disembunyikan) berlaku? Rakyat berhak diberi penjelasan.

Sudah hampir sebulan Timbalan Menteri (Undang-Undang) mengesahkan di Parlimen bahawa dokumen kertas siasatan SPRM yang bocor di portal Malaysia Today adalah sahih. Menurut beliau lagi, oleh kerana kebocoran itu sahih maka SPRM membuat aduan Polis pada 28 Februari 2019.

Justeru, apa tindakan yang telah dibuat? Kita menuntut jangan hanya menyiasat siapa yang membocorkan kertas siasatan itu. Keutamaan ialah, ambil tindakan terhadap nama-nama yang didedahkan yang didakwa terlibat rasuah.

Beberapa nama terdedah dalam kertas siasatan yang bocor itu, antaranya nama Lim Guan Eng, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, P. Ramasamy dan Exco Lim Hock Seng.

Dalam kertas siasatan itu, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Pengarah Urusan CZCSB mendedahkan kepada SPRM, 40% daripada projek terowong itu miliknya dan 60% milik Ewe Swee Kheng iaitu proksi Lim Guan Eng. Swee Kheng pula memberitahu SPRM, daripada 60% miliknya itu, 10% adalah milik Lim Guan Eng.

Semalam (20 April 2019) Malaysia Today mendedahkan lagi maklumat di muka surat 15 dan 16 dari kertas siasatan yang bocor itu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut terbabit.

Bagaimana kertas siasatan itu boleh bocor? Adakah terdapat Pegawai SPRM yang tidak berpuas hati dan tidak mahu bersubahat dengan “cover up” telah membocorkan kertas siasatan tersebut?

Zarul juga mendedahkan RM22 juta telah dibayar supaya SPRM tidak meneruskan siasatan terhadap projek terowong tersebut.

G. Gnanaraja yang dituduh sebagai perantara, telah ditahan oleh SPRM. Penahanan beliau membuktikan kandungan maklumat yang bocor itu adalah benar. Soalnya adakah nama-nama lain akan terlepas begitu sahaja dan Gnanaraja menjadi kambing hitamnya?

Berdasarkan rekod buruk Peguam Negara sejak dilantik, kemungkinan besar Kerajaan PH tidak mengambil sebarang tindakan lanjut.

Ia amat mengecewakan terutama di ketika SPRM dan Peguam Negara dituduh mengamalkan “selective prosecution”.

SPRM tidak boleh membiarkan intergriti badan tersebut terus tercalar di bawah Kerajaan PH. Mereka tidak lagi boleh memberi alasan terkejut beruk.

Bertindaklah dengan telus dan berani. Beritahu rakyat kebenaran kandungan kebocoran itu. Tegakkan “rule of law” di Malaysia.

Itu satu daripada mesej jelas rakyat di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts