KEPIMPINAN DR. MAHATHIR MOHAMAD, SATU ANALISA TERKINI

635
SHARES
3.5k
VIEWS

Ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, saya baru berumur 17 tahun.

Kepimpinan Dr. Mahathir ketika itu terserlah. Reformasi kearah penambahbaikan sistem pentadbiran kerajaan mengagumkan.

Pembinaan-pembinaan infrastruktur di dalam negara, sungguh-sungguh menjadikan negara Malaysia salah satu negara yang paling moden di Asia Tenggara.

Dr. Mahathir sehingga dipanggil Bapa Arkitek Negara.

Kedatangan Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri menambahkan kekuatan kepimpinaan era Dr. Mahathir.

Kepimpinan ini terus dipanggil, “Kerajaan 2 M“, Mahathir-Musa.

Kerajaan 2 M, Mahathir-Musa tidak bertahan lama, apabila keretakan hubungan Mahathir-Musa, menjadikan Musa meletakkan jawatan TPM dan kemudian menentang kepimpinanan Dr. Mahathir bersama dengan Ku Li pada tahun 1987.

Political career Dr. Mahathir menjangkau selama 70 tahun.

Kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Negara dari tahun 1981 sehingga 2003, menjadikan Dr. Mahathir, Pemimpin Dunia terlama (World Longest-Serving Elected Leader).

Pada 10 Mei 2019, pada umur 93 tahun, Dr. Mahathir menjadi pemegang rekod dunia, World Oldest Sitting-Leader (Perdana Menteri tertua di dunia yang masih memegang jawatan).

DENGAN ANWAR IBRAHIM.

Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin muda yang ingin cepat naik di dalam politik negara.

Ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau sudah tidak sabar untuk mengambil alih dari Dr. Mahathir.

Manakala ketika itu, Dr. Mahathir belum bersedia untuk meninggalkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Dr. Mahathir masih mahu berkuasa lebih lama lagi ketika itu.

Maka, Anwar terpaksa berhadapan dengan 4 pertuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa sebagai TPM dan sodomy.

Sebelum perbicaraan dimulakan, Dr. Mahathir telah memberitahu media ketika itu bahawa Dr. Mahathir amat percaya bahawa Anwar bersalah di dalam kes-kes tersebut.

Pada April 1999, Anwar didapati bersalah. Dihukum 6 tahun penjara, kes penyalahgunaan kuasa. Dihukum 9 tahun kes sodomy.

Melalui rayuan, Anwar menang kes sodomy. Dia didapati tidak bersalah di dalam kes sodomy tersebut.

DENGAN PAK LAH.

Dengan Abdullah Badawi, Pak Lah merupakan Perdana Menteri yang dipilih oleh Dr. Mahathir untuk menggantikan beliau dan untuk pertahankan legasi Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Pak Lah mempunyai seorang menantu yang mempunyai cita-cita politik yang besar.

Menantu Pak Lah ketika itu, mula cuba mencipta sesuatu agar pentadbiran Pak Lah juga akan meninggalkan sesuatu legasi di masa hadapan.

REKOD PAK LAH yang terbaik ialah Pak Lah berjaya menang Pilihan Raya Umum pada tahun 2004, dengan kemenangan terbesar Barisan Nasional di dalam sejarah negara Malaysia, iaitu BN menang 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang dipertandingkan. Pembangkang ketika itu hanya menang 20 kerusi sahaja.

Rekod ini memadamkan rekod Dr. Mahathir yang menang 5 Pilihan Raya Umum berturut-turut dengan cemerlang. Dr. Mahathir sudah tidak berapa gembira melihat situasi ini.

Pada tahun 2006, Dr. Mahathir tidak berjaya menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu (G 7) untuk ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia. Dr. Mahathir bertanding G 7 dan kalah.

Kemungkinan besar, pemimpin-pemimpin UMNO Kedah dan Negara ketika itu dapat merasakan bahawa sekiranya Dr. Mahathir dapat menjadi perwakilan Kubang Pasu, beliau berkemungkinan akan meminta untuk berucap di Perhimpunan dan memulakan penentangan terhadap kepimpinan Pak Lah.

DR. MAHATHIR TIDAK GEMBIRA LAGI.

Sepanjang karier politik Dr. Mahathir, beliau keluar masuk UMNO sebanyak 3 kali.

Menjadi ahli UMNO pada tahun 1946 hingga tahun 1969.

Gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, keluar UMNO.

Kembali jadi ahli UMNO pada tahun 1972 hingga 2008.

Gaduh dengan Pak Lah dan untuk pressure Pak Lah berhenti, keluar dari UMNO.

Menjadi ahli UMNO semula pada tahun 2009 hingga 2016.

Kali ini gaduh dengan Najib Razak.

Kali ini nak jatuhkan Najib Razak.

Kali ini nak jatuhkan UMNO.

Kali ini nak jatuhkan Barisan Nasional.

Kali ini untuk membuat REKOD TERSENDIRI.

Kali ini untuk mempertahankan LEGASI DR. MAHATHIR.

Bergabung dengan DAP.

Bergabung dengan Anwar Ibrahim.

Bergabung dengan Mat Sabu.

Hancurkan UMNO.

Akhirnya, kini ramai rakyat Malaysia seperti saya, MEMADAMKAN TV, ketika TV menunjukkan Dr. Mahathir berucap atau melancarkan sesuatu program.

Baru saya dapat memahami perasaan ahli-ahli PAS dan rakyat yang sudah muak dengan SANDIWARA DR. MAHATHIR dan pembohongan demi pembohongan kerajaan Pakatan Harapan ini.

Salam.

DSBA

21 April 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts