ROBOH MASJID MELANGGAR ETIKA KEMANUSIAAN – MUAFAKAT

594
SHARES
2.3k
VIEWS

Baru-baru ini dunia dikejutkan lagi dengan penularan video yang menunjukkan tindakan zalim rejim komunis China meroboh sebuah masjid pada bahagian kubah dan pada bahagian yang terdapat ciri-ciri Islamik di kampung Gazhuang, wilayah autonomi Linxia Hui di Gansu, pada 9 April bawah kempen membasmi ajaran beragama di China.

Kempen “orentasi Cina” ini dilaksanakan dari Xinjiang ke Gansu, ia bukan hanya melibatkan Islam tetapi juga agama lain termasuk agama Kristian dengan merobohkan gereja dan melarang penjualan Bible sejak dari tahun lalu menurut laporan Bitter Winter dan Deutsche Welle.

MUAFAKAT mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang terang-terangan melanggar Artikel 27 dalam perjanjian Summary of the Geneva Conventions of 1949 and Their Additional Protocols yang menyebut: “Keselamatan, maruah, hak kekeluargaan, amalan beribadat, dan adat istiadat orang awam hendaklah dihormati.”

Seterusnya pada Artikel 33-34 juga ada menyebut tentang larangan meroboh atau memusnahkan rumah-rumah ibadat masyarakat setempat, begitu juga pada Artikel 53 dan 56 sangat jelas menyebut: “Empangan, tambak dan stesen generator nuklear tidak boleh diserangi, begitu juga alatan kebudayaan dan tempat-tempat ibadah.”

Walaupun “Orentasi Cina” mendukung slogan “satu daerah, satu rumah ibadat”, namun merobohkan rumah-rumah ibadat dengan sewenang-wenangnya amat dikesali, sebab tiada alasan munasabah merobohkan rumah-rumah ibadat apabila negara China itu merupakan negara yang mempunyai keluasan tanah yang amat luas. Sepatutnya pendekatan mengadakan perundingan dengan pihak urus tadbir masjid atau diberi tempoh tertentu supaya kariah dapat melakukan sesuatu atau memilih jalan terbaik bagi menangani masalah itu adalah lebih releven.

MUAFAKAT melihat tindakan meroboh masjid atau mana-mana rumah ibadah adalah perbuatan yang melanggar etika kemanusiaan dan menuntut ia dihentikan segera serta menyeru PBB sebagai badan dunia yang menjaga hak asasi kemanusiaan memberi perhatian lebih serius dan tegas menangani masalah ini. Ini termasuk tindakan penahanan sehingga sejuta rakyat berbangsa Uighur ke kem tahanan di sebalik nama program pemulihan atau kem latihan yang ternyata apa yang berlaku seakan-akan sama seperti getto semasa zaman kekejaman Nazi Jerman.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts