PERDANA MENTERI JUGA TIADA KUASA MUTLAK

1.1k
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Tiada konsep Raja berkuasa mutlak di Malaysia sepertimana di Brunei atau Arab Saudi.

Pada masa yang sama, tiada juga konsep Perdana Menteri berkuasa mutlak di Malaysia.

Raja berfungsi mengikut Perlembagaan.

Perdana Menteri juga hanya boleh berfungsi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Jadi boleh disimpulkan bahawa Kuasa Mutlak Malaysia dikongsi bersama antara Raja-Raja Melayu dengan Perdana Menteri.

Ini adalah bagi melengkapkan proses penyeimbangan kuasa.

Perdana Menteri diperlukan rakyat untuk menegur Raja yang melampaui batas Perlembagaan.

Raja juga diperlukan rakyat untuk menegur Perdana Menteri yang gila kuasa dan “acah-acah Diktator”.

Jadi akhirnya rakyat berkuasa menentukan siapa yang layak jadi Perdana Menteri melalui proses PRU.

Walaubagaimanapun, rakyat tiada kuasa untuk menentukan siapa yang layak menjadi Raja.

Hanya 9 orang Baginda Raja sahaja yang layak menentukan kedudukan sesama mereka.

Inilah RULE OF LAW.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts